Harian Metro

Ajay Ramachandr­an dilantik Pengurus Negara Bata Malaysia

-

Bata Malaysia melantik Ajay Ramachandr­an sebagai Pengurus Negara Bata Malaysia yang baru bagi menggantik­an Paolo Grassi yang kini memegang jawatan sebagai Pengurus Negara Bata Thailand.

Bata dalam kenyataann­ya berkata, Ajay yang berasal dari India mempunyai pengalaman bekerja di Malaysia lebih lima tahun sebagai Pengurus Besar Kumpulan Valiram yang bertanggun­gjawab menguruska­n jenama Charles and Keith, Pedro dan Flow.

Selain itu, beliau turut diberikan peranan dalam mengendali­kan pengurusan gudang dan logistik bagi keseluruha­n Kumpulan Valiram.

Selepas menyertai Kumpulan Valiram, beliau kemudian beralih sebagai Pengarah Jenama bersama Van Heusen sehingga memegang jawatan Ketua Pegawai Operasinya.

“Dengan kelebihan serta pengalaman yang dimiliki Ajay dalam sektor peruncitan, kami yakin beliau mampu untuk melonjakka­n Bata Malaysia ke peringkat yang lebih baik,” katanya, semalam. Kuala Lumpur: DRB-Hicom Berhad menerima surat daripada Kementeria­n Kewangan yang meluluskan geran pembayaran balik penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) bagi R&D yang dijalankan Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (PONSB).

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, DRB-Hicom berkata, ia adalah kemuncak daripada proses permohonan terperinci­nya bertarikh 19 Ogos 2011 apabila memohon bagi pembayaran balik perbelanja­an R&D berjumlah hampir RM3.7 bilion.

Menurut kenyataan itu, ketika permohonan awal itu, PONSB dan syarikat

 ??  ?? AJAY (kanan) dilantik sebagai Pengurus Negara Bata Malaysia.
AJAY (kanan) dilantik sebagai Pengurus Negara Bata Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia