Harian Metro

Empat tahun telan logam

- Agensi

 Doktor temui paku, senduk, pemetik api, pisau kecil dalam perut seorang lelaki

Doktor di sebuah hospital di sini terkejut apabila menemui beberapa objek logam termasuk paku payung, pisau kecil, senduk dan pemetik api dalam perut seorang lelaki.

Hendro Wijatmiko, 30, dibawa keluargany­a ke sebuah hospital di sini Khamis lalu selepas mengadu sakit perut.

Selepas membuat imbasan X-ray, doktor terkejut selepas menemui pelbagai objek logam di dalam perut pesakit berkenaan.

Ibu Hendro, Siti Khatijah berkata, anaknya yang mengalami masalah mental tidak makan sejak beberapa hari lalu selepas mengadu sakit perut.

“Saya membawa Hendro ke Hospital Abdoer Rahem, Situbondo sebelum dia dirujuk ke Hospital Dr Soebandi di sini.

“Saya terkejut selepas dimaklumka­n terdapat beberapa objek logam termasuk paku payung di dalam perut anak saya,” katanya kepada SURYA.co.id.

Dr Jusina Evy Tyaswati memberitah­u, pesakit itu berada dalam keadaan stabil tetapi masih mengadu sakit perut.

“Pesakit ini mengaku memakan beberapa objek logam termasuk paku dan senduk sejak empat tahun lalu,” katanya.

Menurutnya, ini kes per- tama hospital berkenaan menerima pesakit yang menelan objek logam.

“Buat masa ini kami memantau keadaan pesakit dan sedang menimbangk­an kaedah

untuk mengeluark­an objek berkenaan dari perut lelaki itu.

“Sekiranya kami dapati objek itu menyebabka­n luka pada perut atau usus pesakit, satu pembedahan kecemasan perlu dilakukan,” katanya.

 ??  ?? HENDRO ketika menerima rawatan di Hospital Abdoer Rahem, Situbondo selepas mengadu sakit perut. Gambar kecil, imbasan X-ray menunjukka­n objek logam yang berada di dalam perut
Hendro. - Agensi
HENDRO ketika menerima rawatan di Hospital Abdoer Rahem, Situbondo selepas mengadu sakit perut. Gambar kecil, imbasan X-ray menunjukka­n objek logam yang berada di dalam perut Hendro. - Agensi
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia