Harian Metro

Bom buatan sendiri meletup ketika dipasang

-

Sebutir bom buatan sendiri yang dipasang untuk digunakan dalam serangan pengganas secara tidak sengaja meletup di sebuah rumah di sini kelmarin.

Susulan kejadian itu polis menahan suspek yang dikenali sebagai Agus Wiguna, 21 yang bekerja sebagai penjual makanan.

Jurucakap polis, Rikwanto berkata, suspek ditangkap selepas bom buatan sendiri itu meletup di rumah sewa lelaki berkenaan di sini pada jam 3.30 petang (waktu tempatan) kelmarin.

Letupan itu menyebabka­n sebahagian rumah itu rosak tetapi tiada kecederaan dilaporkan.

Ujarnya, suspek membuat bom itu sejak 1 Jun lalu menggunaka­n maklumat daripada sebuah laman sesawang militan.

Polis turut menemui sebuah periuk tekanan tinggi yang penuh dengan paku di rumah berkenaan.

Letupan itu dipercayai berpunca daripada beberapa bom yang dibuat daripada beberapa periuk tekanan tinggi yang lain.

Ketua polis Bandung, Hendro Pandowo memberitah­u, suspek mendedahka­n rancangann­ya mengebom beberapa lokasi termasuk restoran, gereja dan sebuah kafe yang sering dikunjungi pelancong asing di Jalan Braga.

“Lelaki ini merancang melakukan serangan pada 16 Julai ini dengan Kafe Bali sebagai sasaran pertama,” jelasnya. - Agensi

 ??  ?? POLIS membuat pemeriksaa­n di sebuah rumah sewa di Bandung selepas bom buatan sendiri meletup di kediaman itu kelmarin. - EPA
POLIS membuat pemeriksaa­n di sebuah rumah sewa di Bandung selepas bom buatan sendiri meletup di kediaman itu kelmarin. - EPA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia