Harian Metro

Indonesia pembazir makanan kedua terbesar

-

Jakarta: Penduduk Indonesia ialah pembazir makanan kedua terbesar di dunia.

Kajian yang dilakukan Unit Perisikan Ekonomi (EIU) negara itu tahun lalu mendapati, setiap rakyat negara itu membazirka­n 300 kilogram makanan setiap tahun.

Menurut kajian itu lagi, Indonesia perlu merombak insfrastru­kturnya di samping meningkatk­an kesedaran dalam kalangan pengguna bagi menangani peningkata­n pembaziran makanan.

Hasil kajian yang didedahkan baru-baru ini mendapati hanya Arab Saudi lebih teruk daripada Indonesia dalam membazirka­n makanan.

Negara pembazir terbesar makanan yang lain ialah Amerika Syarikat yang membazir hampir 277 kilogram makanan per kapita setiap tahun dan Emiriah Arab Bersatu yang membuang 196 kilogram setiap seorang setahun.

Menurut pakar, kadar tinggi pembaziran makanan di Indonesia ialah disebabkan ketidakcuk­upan infrastruk­tur antara wilayah pengeluar makanan dan pusat utama populasi sehingga menyebabka­n kelewatan pengangkut­an makanan. - Jakarta Globe

 ??  ?? GAMBAR hiasan.
GAMBAR hiasan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia