Harian Metro

Jumlah mangsa meningkat

- AFP

Jumlah kematian akibat hujan lebat dan banjir di selatan Jepun meningkat kepada 18, kata pegawai semalam, sementara pasukan penyelamat meneruskan usaha mencari mangsa yang hilang.

Sebahagian besar wilayah Kyushu, empat pulau paling selatan di Jepun musnah selepas air sungai melimpahi tebing dan hujan lebat menghanyut­kan jalan raya, rumah serta sekolah sejak beberapa hari lalu.

Ribuan penduduk dipindahka­n ke pusat perlindung­an sementara di gym sekolah dan bangunan awam, tetapi ramai lagi yang terkandas dengan petugas kecemasan terpaksa meredah lumpur tebal dan hujan untuk menjejaki mereka.

Laporan stesen penyiaran NHK melaporkan lebih 500 penduduk masih terputus hubungan semalam.

Jambatan yang runtuh dan kawasan yang ditenggela­mi air menyukarka­n usaha menyelamat.

Setiausaha Kabinet, Yishihide Suga berkata, kerajaan berusaha sedaya upaya untuk mencari mereka yang hilang dan membantu penduduk yang terkandas.

Pegawai di Fukuoka dan Oita mengesahka­n 18 orang terbunuh sementara

 18 maut akibat banjir di Jepun, 27 hilang

27 hilang.

Lima penduduk juga dalam keadaan tenat. Menurut Suga, kerajaan masih berusaha untuk memastikan sama ada kecederaan mereka ada kaitan dengan bencana itu.

Agensi kaji cuaca Jepun semalam memberi amaran, hujan lebat mungkin berterusan dan dibimbangi akan menyebabka­n tanah runtuh di utara Kyushu.

 ??  ?? TENTERA membantu kerja pembersiha­n di kawasan banjir di Asakura di wilayah Fukuoka, semalam. - AFP
TENTERA membantu kerja pembersiha­n di kawasan banjir di Asakura di wilayah Fukuoka, semalam. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia