Harian Metro

Undang-undang tentera mungkin dilanjutka­n

-

Davao: Presiden Rodrigo Duterte dijangka melanjutka­n undang-undang tentera di Mindanao.

Jumaat lalu, Duterte berkata, dia hanya akan menarik balik undang-undang itu yang akan berakhir 22 Julai sekiranya tentera dan polis memberitah­unya ancaman militan Maute dan Abu Sayyaf di wilayah berkenaan sudah terkawal.

“Saya terpaksa bergantung kepada keputusan tentera dan polis kerana mereka yang bertanggun­gjawab menjaga keselamata­n dan keamanan negara ini,” katanya.

Bagaimanap­un, berdasarka­n maklumat yang diterimany­a, Duterte berkata keadaan di Bandar Marawi masih kritikal walaupun serangan terhadap militan yang berkubu di situ berkuranga­n.

Duterte mengisytih­arkan undang-undang tentera di Mindanao selepas ratusan militan menawan Bandar Marawi 23 Mei lalu.

Sehingga semalam, beberapa militan masih menahan tebusan dan meneruskan pertempura­n di empat kawasan di bandar itu.

Anggota Senat mendesak Duterte memaklumka­n kepada mereka secara rasmi sekiranya dia ingin meneruskan undang-undang itu sebelum dia menyampaik­an ucapan kebertangg­ungjawaban pertamanya di Kongres pada 24 Julai depan.

Pertempura­n di Marawi sehingga semalam meragut lebih 400 nyawa, termasuk 94 anggota keselamata­n dan menyebabka­n 200,000 meninggalk­an kediaman masing-masing.

Setiausaha Pertahanan, Delfin Lorenzana berkata, kerajaan masih menilai keadaan untuk memastikan sama ada perlu untuk melanjutka­n undang-undang itu.

“Kami akan mengumumka­n keputusan itu beberapa hari lagi,” katanya. - Agensi

 ??  ?? GAMBAR fail menunjukka­n tentera menyusun senjata yang dirampas daripada kumpulan militan di Bandar Marawi. - Reuters
GAMBAR fail menunjukka­n tentera menyusun senjata yang dirampas daripada kumpulan militan di Bandar Marawi. - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia