Harian Metro

Mahu bunuh diri selepas dapat 4 anak

-

Accra (Ghana): Seorang petani berusia 22 tahun bercadang membunuh diri selepas isterinya melahirkan anak kembar empat.

Amadu Razak berkata, dia tidak dapat bayangkan cara untuk membesarka­n keempat-empat anaknya itu.

Isterinya yang berusia 19 tahun melahirkan kembar itu, semuanya perempuan, menerusi pembedahan di sebuah hospital kerajaan di daerah Jasikan di wilayah Volta minggu lalu.

Malangnya, kelahiran keempat-empat bayi itu menjadi berita sedih bagi Adamu.

Menurutnya, dia menjalani kehidupan yang amat sempit selama ini dan menjangkak­an keadaan akan bertambah sukar jika dia perlu membesarka­n empat anak sekali gus.

Amadu berkata, dia terpaksa berhutang untuk membayar bil perubatan isterinya dan masih mencari jalan untuk membayar semula pinjaman itu.

Katanya, membunuh diri adalah satu saja pilihan yang dia ada sekiranya kerajaan dan orang ramai tidak membantuny­a. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia