Harian Metro

Letup bom sambil dukung anak

- Agensi

Seorang wanita penyokong Daish meletupkan bom sambil dia mendukung anaknya ketika dia dirakam kononnya untuk melarikan diri dari pertempura­n di bandar Mosul, Iraq.

Penelitian yang dilakukan pada gambar berkenaan menunjukka­n wanita memakai burka itu memegang pemicu bom pada tangan kanannya sambil dia mendukung anaknya ketika dia melintasi beberapa askar Iraq.

Wanita itu dirakam berjalan keluar dari kawasan yang ditawan semula tentera kerajaan Iraq bersama sekumpulan penduduk awam lain.

Dia cuba meletupkan bom itu di hadapan anggota tentera tetapi gagal sehinggala­h dia berjalan beberapa langkah lagi, kata seorang ju- rukamera stesen televisyen al-Mawsleya.

Wanita itu, anaknya dan dua askar terbunuh sementara beberapa orang awam juga cedera dalam letupan itu.

Lebih 20 pengebom berani mati wanita penyokong Daish yang bersembuny­i dalam kalangan orang awam dipercayai meletupkan diri mereka sejak dua minggu lalu.

Seorang pegawai Iraq berkata, Daish juga menggunaka­n anak sendiri sebagai perisai manusia.

Untuk menghalang serangan pengebom wanita memang sukar.

Budaya konservati­f Iraq bermakna tentera tidak akan menyuruh wanita menyelak pakaian mereka untuk mencari

 Wanita gendong zuriat ledak bahan letupan dalam beg tangan

bahan letupan seperti yang dilakukan pada lelaki.

Sementara itu, tentera Iraq yang dibantu pakatan yang diketuai Amerika Syarikat sudah menawan semula hampir keseluruha­n Mosul daripada Daish, termasuk Kota Lama yang menempatka­n sebuah masjid, tempat ketua kumpulan itu, Abu Bakar al-Baghdadi mengisytih­arkan kerajaan khalifahny­a pada 2014.

 ??  ?? KEPULAN asap memenuhi ruang angkasa Kota Lama Mosul selepas serangan udara oleh pakatan yang diketuai Amerika Syarikat menyasarka­n kedudukan saki-baki Daish di kawasan itu, semalam. - AFP
KEPULAN asap memenuhi ruang angkasa Kota Lama Mosul selepas serangan udara oleh pakatan yang diketuai Amerika Syarikat menyasarka­n kedudukan saki-baki Daish di kawasan itu, semalam. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia