Harian Metro

Gencatan senjata bertahan di selatan Syria

-

Beirut: Gencatan senjata di selatan Syria yang diusahakan Amerika Syarikat, Russia dan Jordan bermula tengah hari (waktu tempatan) semalam.

Pemerhati berkata, keadaan di tiga wilayah yang terbabit dalam gencatan senjata itu sepi selepas ia dikuatkuas­akan.

Gencatan senjata itu diumumkan oleh Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov Jumaat lalu dan ia meliputi wilayah Daraa, Quneitra dan Sweida.

“Tiada pertempura­n di ketiga-tiga wilayah itu sejak awal pagi, kecuali di Daraa, beberapa tembakan meriam berlaku di beberapa tempat di bandar itu sebelum tengah hari,” kata pengarah kumpulan hak asasi manusia Syria, Rami Abdel Rahman.

Rejim Syria mengumumka­n gencatan senjatanya sendiri Isnin lalu tetapi pertempura­n berterusan di ketiga-tiga wilayah berkenaan.

Gencatan senjata di selatan Syria itu dikuatkuas­akan selepas perjanjian ditandatan­gani di Astana, ibu negara Kazakhstan Mei lalu antara sekutu Presiden Bashar al-Assad - Russia dan Iran dengan penyokong kumpulan penentang, Turki, untuk mewujudkan empat zon aman. - Reuters

 ??  ?? SEORANG anggota kumpulan penentang berdiri berhampira­n mesingan antipesawa­t di Quneitra, semalam. - Reuters
SEORANG anggota kumpulan penentang berdiri berhampira­n mesingan antipesawa­t di Quneitra, semalam. - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia