Harian Metro

Tunjuk perasaan berlarutan

-

Hamburg: Pertempura­n baru meletus awal semalam di jalan raya di Hamburg berikutan berakhirny­a sidang kemuncak G20 dengan penunjuk perasaan membakar beberapa kenderaan, kata polis.

Penunjuk perasaan berkumpul di daerah Schanzen, kubu kuat kumpulan radikal berhaluan kiri yang menyaksika­n beberapa kejadian ganas sejak Khamis lalu.

Dengan bersenjata­kan botol dan menyasarka­n kenderaan yang kebanyakan­nya dibakar mereka, penunjuk perasaan itu dipaksa berundur oleh polis yang menggunaka­n meriam air dan gas pemedih mata.

Menurut angka terbaru, 213 anggota polis cedera sejak Khamis lalu dan 143 penunjuk perasaan ditahan.

Jumlah penunjuk perasaan yang cedera tidak diketahui.

Keganasan bermula malam Khamis lalu menjelang perasmian sidang kemuncak G20 yang dihadiri pemimpin 20 negara ekonomi terbesar dunia apabila tunjuk perasaan oleh kira-kira 12,000 orang yang membantah globalisas­i bertukar menjadi ganas.

Polis mengecam kumpulan anarki yang menamakan diri mereka Black Block dan menuduh mereka mengambil kesempatan terhadap tunjuk perasaan aman oleh ribuan orang untuk menyerang polis.

Sementara itu, sebahagian penduduk Hamburg menyelar Canselor Angela Merkel kerana tidak menimbang keganasan yang akan berlaku ketika memilih bandar itu sebagai tempat persidanga­n. - Agensi

 ??  ?? POLIS menahan seorang penunjuk perasaan, semalam. - Reuters
POLIS menahan seorang penunjuk perasaan, semalam. - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia