Harian Metro

KUARTET WANITA TERUS KONSISTEN

- Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@hmetro.com.my

Kilauan emas pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur (KL2017) tampak mampu direalisas­ikan kuartet 4x100 meter wanita negara apabila sekali lagi berjaya memperbaha­rui rekod kebangsaan dengan catatan 45.18 saat pada Kejohanan Olahraga Asia di Bhubaneswa­r, India kelmarin.

Kuartet Nurul Faizah Asma Mazlan, Siti Fatimah Mohamad, S Komalam Shally dan Zaidatul Husniah Zulkifli dilihat begitu bersungguh-sungguh untuk mencipta sejarah di Kuala Lumpur apabila memperbaha­rui rekod itu selepas baru saja mencatat rekod kebangsaan 45.19s pada Terbuka Thailand, bulan lalu.

Nurul Faizah adalah pelari pertama menggantik­an Shereen Samson Vellabouy yang tidak dapat menyertai kejohanan di India kerana mengalami kecederaan.

Bagi ketua jurulatih olahraga negara Zainal Abas, kejayaan memperbaha­rui rekod kebangsaan sebanyak dua kali dalam tempoh sebulan menunjukka­n ada sesuatu yang mampu dibuktikan oleh kuartet itu pada KL2017.

“Syabas kepada mereka biarpun berlari dengan pelari pertama yang berbeza namun tetap berupaya membuktika­n dapat berlari dengan pantas lagi.

“Tapi perhatian wajar diberikan kepada Thailand yang menamatkan larian dengan catatan masa di bawah

 Cipta rekod baru kebangsaan kali kedua dalam tempoh sebulan

45s sewaktu kejohanan di India,” kata Zainal.

Catatan terbaru itu bagaimanap­un sekadar menyaksika­n kuartet 4x100m negara itu menamatkan saingan di tempat kelima, tewas kepada Thailand yang meraih tempat keempat dengan perbezaan masa 0.44s.

Pingat emas menjadi milik Kazakhstan

(43.53s), China meraih perak (44.50s) sementara India selaku tuan rumah gangsa (44.57s).

Sementara itu, gandingan Nixson Kennedy, Jonathan Nyepa, Badrul Hisyam Manap dan Khairul Hafiz Jantan yang beraksi dalam 4x100m lelaki juga sekadar menamatkan saingan di kedudukan kelima dengan catatan 39.98s.

Catatan itu sekali gus gagal memperbaha­rui rekod kebangsaan 39.67s yang dilakukan pada Sukan SEA 2015 di Singapura.

 ??  ??
 ??  ?? DARI kiri Zaidatul, S Komalam, Nurul Faizah dan Siti Fatimah catat 45.18 pada Kejohanan Olahraga Asia di Bhubaneswa­r.
DARI kiri Zaidatul, S Komalam, Nurul Faizah dan Siti Fatimah catat 45.18 pada Kejohanan Olahraga Asia di Bhubaneswa­r.
 ?? Zainal Abas ?? Syabas kepada mereka biarpun berlari dengan pelari pertama yang berbeza namun tetap berupaya membuktika­n dapat berlari dengan pantas lagi”
Zainal Abas Syabas kepada mereka biarpun berlari dengan pelari pertama yang berbeza namun tetap berupaya membuktika­n dapat berlari dengan pantas lagi”
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia