Harian Metro

MAVA idam dua pingat

 Lai Haw percaya anak buahnya mampu cipta kejutan walau tiada rekod gah

- Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@hmetro.com.my

Meskipun tidak mempunyai rekod yang gah pada temasya Sukan SEA, Persatuan Bola Tampar Malaysia (MAVA) tetap berharap dapat menyumbang dua pingat pada temasya dwitahunan itu di Kuala Lumpur (KL2017) bulan depan.

Mengambil kira prestasi semasa yang memberangs­angkan, kedua-dua pasukan lelaki dan wanita yakin mampu menghadirk­an pingat tanpa mengira warna.

Pengurus pasukan wanita negara Yean Lai Haw berkata, barisan pemainnya mempamerka­n peningkata­n cukup ketara dan beliau menjangkak­an kejutan mampu dilakar pada KL2017.

“Barisan pemain negara sudah menjalani latihan intensif sejak 22 bulan lalu.

“Antara pencapaian yang meyakinkan kami untuk menyumbang pingat di Sukan SEA nanti adalah apabila kami memenangi pingat emas pada satu kejohanan jemputan di Singapura awal tahun ini.

“Sebab itu saya cukup yakin kami mampu melakar sejarah baru dengan memenangi pingat,” katanya pada sidang media semalam.

Untuk rekod pasukan bola tampar wanita negara belum pernah memenangi sebarang pingat pada temasya Sukan SEA.

Sementara itu pengurus pasukan lelaki negara, Hanif Basree Abd Rahman berkata, beliau begitu positif dengan komitmen tinggi yang dipamerkan barisan pemain muda negara.

“Saya tidak mahu meletakkan sasaran yang spesifik kerana ia mungkin akan memberikan tekanan kepada pemain.

“Tapi saya percaya mereka mampu menyumbang pingat tidak kira apa warna sekali pun,” katanya.

Sepanjang penyertaan di Sukan SEA, skuad bola tampar lelaki hanya pernah memenangi pingat perak pada 2001 di Kuala Lumpur selepas tewas kepada Thailand di aksi final.

 ??  ?? PRESIDEN MAVA Dr Hii Sui Cheng (tengah) bersama Timbalan Presiden, Hanif Basree Abd Rahman (kanan) dan Setiausaha Kehormat, Joseph Gerard (kiri) ketika sidang media. JURULATIH Tay Yeu Siong (tengah) bersama atlet bola tampar, Sim Jian Qin dan Khairol...
PRESIDEN MAVA Dr Hii Sui Cheng (tengah) bersama Timbalan Presiden, Hanif Basree Abd Rahman (kanan) dan Setiausaha Kehormat, Joseph Gerard (kiri) ketika sidang media. JURULATIH Tay Yeu Siong (tengah) bersama atlet bola tampar, Sim Jian Qin dan Khairol...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia