Harian Metro

‘Persiapan kami berjalan lancar’

-

Kuala Lumpur: Tiada apa yang bermain di fikiran pasangan beregu wanita negara Vivian Hoo-Woon Khe Wei setakat ini, kecuali mampu untuk merealisas­ikan sasaran yang ditetapkan oleh Persatuna Badminton Malaysia (BAM) mempertaha­nkan emas Sukan SEA Kuala Lumpur bulan depan.

Menurut Khe Wei, pada mulanya mereka memang sedikit hilang arah terutama selepas melalui prestasi kurang memberangs­angkan sejak awal tahun ini namun sekarang sudah nampak hala tuju selepas BAM mahu mereka mempertaha­nkan emas yang diraih Amelia Alicia Anscelly-Soong Fie Cho dua tahun lalu di Singapura.

“Selepas mengadakan perbincang­an kami sudah tahu sasaran berikutnya iaitu cemerlang di Sukan SEA. Kami tidak mahu fikir banyak, kosongkan fikiran dan capai sasaran yang ditetapkan. Semuanya harus dilakukan sebaik mungkin dalam latihan nanti,” katanya.

Jelasnya, keyakinan untuk mempertaha­nkan emas acara beregu wanita memang ada, selepas mereka berjaya meraih pingat di dua temasya terdahulu iaitu emas di Myanmar (2013) dan perak di Singapura (2015).

“Apapun sekarang ini kami harus fikir peringkat demi peringkat dan melakukan bahagian kami sebaik mungkin. Jangan terlampau memikirkan untuk meraih emas atau tidak.

“Setakat ini persiapan kami berjalan lancar. Kami mahu memperkuat­kan corak permainan dan tidak mahu seperti sebelum ini (sepanjang 2017). Sekarang kami cuba cari apa masalahnya dan menyelesai­kannya,” kata pemain kelahiran Selangor itu.

Dalam pada itu, Khe Wei mengakui cabaran dari Thailand memang amat sukar selepas negara itu mempertaru­hkan pemain terkuat mereka termasuk gandingan 10 dunia, Puttita Supajiraku­l-Sapsiree Taerattana­chai.

“Tidak mudah untuk mengalahka­n mereka tapi kami cuba sebaik mungkin untuk menang. Kami perlu yakin dan menggunaka­n peluang sebaik mungkin beraksi di tempat sendiri dengan kehadiran penyokong memberi sokongan,” katanya.

 ??  ?? VIVIAN (kanan) dan Khe Wei sedia rebut emas.
VIVIAN (kanan) dan Khe Wei sedia rebut emas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia