Harian Metro

Platform terbaik Perlis bukti keupayaan

-

Kuala Lumpur: Presiden Persatuan Badminton Perlis, A’amar Hashim yakin mereka mampu menggalas kepercayaa­n yang diberikan oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk menjadi tuan rumah terbaik bagi Kejohanan Remaja Antarabang­sa Bawah 19 Tahun, September depan.

A’amar yang juga Naib Presiden BAM berkata, ia platform terbaik buat Perlis untuk membuktika­n kemampuan menjadi tuan rumah kejohanan bertaraf antarabang­sa dan pada masa sama kembali memperting­katkan sukan itu di negeri yang pernah melahirkan pemain bertaraf kebangsaan satu ketika dulu.

“Sebagai presiden memang saya bangga diberi kepercayaa­n ini dan dalam masa sama mampu untuk mempromosi­kan negeri ini kepada masyarakat luar. Sebanyak 11 hingga 15 negara akan menghantar pemain termasuk dari Thailand, Taiwan, Hong Kong, Korea Selatan, Jepun dan Singapura,” katanya.

Jelasnya, wakil dari BAM memang berpuas hati venue pertanding­an iaitu Dewan 2020 termasuk dari segi kemampuan kapasiti, cahaya lampu dan permukaan gelanggang.

“Pengurus Pertanding­an BAM, Teo Kim Thye memberi lampu hijau semuanya sudah lulus termasuk dari segi gelanggang pertanding­an walaupun tidak mempunyai teres penonton tapi kami akan menyediaka­n tempat duduk pasang siap. Jadi saya harap semua peminat badminton di sini tidak melepaskan peluang untuk menyaksika­n kejohanan ini.”

Kejohanan bertaraf Cabaran Antarabang­sa Remaja itu akan berlangsun­g dari 5 hingga 9 September depan.

(gambar)

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia