Harian Metro

Impian juara makin hampir

- Azlan Muhammad Zain azlanmz@hmetro.com.my

 Gua Musang, Alor Setar mara ke separuh akhir

Dua tiket separuh akhir Piala Pengerusi FELDA 2017 berjaya diraih Persatuan Bolasepak FELDA (PBFW) Gua Musang dan Alor Setar selepas aksi peringkat kumpulan yang ditangguh pada Mei bersambung kelmarin.

Selepas mengharung­i lima perlawanan, Gua Musang mengesahka­n salah satu tiket dari Kumpulan A apabila mengumpul 10 mata selepas kemenangan ke atas Trolak Sabtu lalu.

Kemenangan 1-0 skuad kendalian Tuan Addni Engku Abdul Rahman itu sudah cukup untuk mereka meraih tiga mata dan kini memberikan tumpuan kepada aksi separuh akhir hujung bulan ini.

“Saya gembira kami sudah menempah tiket ke separuh akhir. Peluang dan corak permainan seimbang pada perlawanan itu namun kami berjaya meledak satu gol yang penting.

“Cuma dalam tempoh yang ada kami perlu meningkatk­an tahap kecergasan pemain selepas Ramadan dan sambutan Aidilfitri,” katanya.

Kumpulan B turut menyaksika­n kejayaan Alor Setar mengesahka­n kemaraan sebagai empat pasukan terakhir walaupun masih berbaki satu perlawanan.

Wakil dari utara itu mengumpul 10 mata dengan pasukan FELDA Raja Alias mengumpul lapan mata dan Kuantan meraih enam mata bakal merebut satu lagi tiket ke separuh akhir.

Kejohanan membabitka­n saingan 11 pasukan dari tanah rancangan FELDA dan satu pasukan Akademi Bolasepak FELDA (ABF) dengan dua pasukan teratas mara ke separuh akhir.

 ??  ?? PEMAIN Gua Musang (jersi merah) diasak pemain Trolak.
PEMAIN Gua Musang (jersi merah) diasak pemain Trolak.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia