Harian Metro

Misi awal selesai

-

London: Roger Federer

(gambar ) dan Novak Djokovic berjaya menyelesai­kan misi mereka di Wimbledon apabila mara ke peringkat 16 terakhir manakala pilihan utama wanita Angelique Kerber juga melangkah ke pusingan keempat kelmarin.

Juara tujuh kali Federer mara ke pusingan keempat buat kali ke-15 untuk menang 7-6 (7/3), 6-4, 6-4 ke atas pemain Jerman, Mischa Zverev.

“Saya amat gembira sekarang dan boleh bertenang, relaks serta kembali bermain dengan lebih baik, Isnin ini (hari ini). Setiap kali saya bertemu dia (Grigor Dimitrov) dia sentiasa menunjukka­n peningkata­n.

“Saya sudah bersedia untuk perlawanan sukar, ini satu lagi pertembung­an hebat kerana dia juga seorang pemain yang memiliki pukulan padu,” kata Federer.

Semua perlawanan pusingan keempat lelaki dan wanita berlangsun­g hari ini.

Federer yang juga pilihan ketiga, akan disertai Djokovic yang mengalahka­n Ernests Gulbis 6-4, 6-1, 7-6 (7/2).

“Saya gembira dengan prestasi saya. Saya rasa berjaya memperting­katkan tahap permainan saya,” kata juara tiga kali Djokovic yang tidak kalah dalam sebarang set sejak dua minggu lalu.

Pilihan kedua itu akan berdepan Adrian Mannarino, yang mengetepik­an rakan senegarany­a dan pilihan ke-15, Gael Monfils.

Angelique boleh berasa lega selepas berjaya mempertaha­nkan status selaku pemain nombor satu dunia apabila menang 4-6, 7-6 (7/2), 6-4 ke atas pemain Amerika Syarikat, Shelby Rogers.

 ??  ?? ANGELIQUE menang ke atas pemain Amerika Syarikat.
ANGELIQUE menang ke atas pemain Amerika Syarikat.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia