Harian Metro

Dwyer gagal gugat Panama

 Gol tunggal tak berjaya sekat lawan bangkit curi satu mata dalam aksi pembuka tirai Piala Emas

- Reuters

Penyerang Amerika Syarikat kelahiran England, Dom Dwyer berjaya mencetak gol antarabang­sa kedua pada penampilan antarabang­sa kedua sebelum pemain Panama, Miguel Camargo menyamakan kedudukan ketika kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada perlawanan pembuka tirai Kumpulan B, Piala Emas semalam.

Tuan rumah mendahului pada minit ke-50 selepas Dwyer yang mendapat taraf kerakyatan AS hanya pada Mac lalu menyumbang gol pada penampilan antarabang­sa keduanya.

Kelyn Rowe melakukan hantaran silang dari sebelah kiri dan Dwyer berjaya mencari ruang untuk meledak gol dari jarak dekat.

Jaringan itu nyata mengejutka­n Panama dan akhirnya mereka memperoleh gol penyamaan 10 minit kemudian menerusi Camargo.

Penjaga gol AS Brad Guzan berjaya menampan bola tetapi gagal untuk menangkap kemas dan Camargo memanfaatk­an peluang itu menerusi jarak 10 meter.

Perlawanan itu berlangsun­g dalam cuaca panas 32 Celsius dan keadaan itu jelas meletihkan pemain kedua-dua pasukan. Ia keputusan seri 1-1 keempat bagi kedua-dua pasukan.

“Kami kecewa gagal meraih tiga mata penuh. Tapi masih banyak yang perlu dilakukan,” kata Dwyer.

AS akan bertemu Martinique awal pagi Khamis ini manakala Panama bertemu Nicaragua.

Sebanyak 12 pasukan dari Amerika Utara dan Tengah serta Caribbean mengambil bahagian pada saingan Piala Emas tahun ini.

 ??  ?? DWYER (tengah) jaring gol tunggal AS ketika menentang Panama.
DWYER (tengah) jaring gol tunggal AS ketika menentang Panama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia