Harian Metro

Khidmat ‘percuma’

- AFP

Penjaring gol terbanyak England dan Manchester United, Wayne Rooney mengisytih­arkan dirinya ‘terlalu gembira’ selepas melengkapk­an perpindaha­n semula ke kelab yang mana dia bermula sebagai pemain remaja, Everton, semalam.

Pemain berusia 31 tahun itu, yang kurang digunakan khidmatnya di bawah kendalian Jose Mourinho musim lalu, menandatan­gani kontrak dua tahun secara perpindaha­n percuma sekali gus menamatkan tempoh 13 tahun penuh trofi di Old Trafford.

Rooney, perpindaha­nnya hadir sehari selepas United mengumumka­n mereka bersetuju terma dengan Everton membeli penjaring terbanyak mereka Romelu Lukaku, diharap dapat menyemarak­kan semula karier antarabang­sanya yang terencat musim lalu.

“Tidak lama dulu saya sudah katakan satu-satunya kelab Liga Perdana yang akan saya wakili selain Manchester United adalah Everton, jadi saya amat gembira perpindaha­n ini terlaksana,” katanya.

“Tiga belas tahun lalu saya menyertai United dengan harapan untuk memenangi trofi dan saya bertuah menjadi sebahagian daripada satu tempoh paling berjaya dalam sejarah kelab itu.

“Saya kembali ke Everton kerana saya percaya (pengurus Everton) Ronald Koeman membina satu pasukan yang boleh memenangi sesuatu dan saya tidak sabar memainkan peranan menjadikan­nya satu realiti buat kelab yang menyokong saya sejak kecil,” ujar Rooney, lima kali penjaring terbanyak United dan sekali berkongsi dengan Cristiano Ronaldo.

Koeman berkata dengan Rooney, yang memenangi antaranya lima trofi Liga Perdana dan satu Liga Juara-Juara bersama United, beliau membeli seorang pemain yang mempunyai mentaliti pemenang.

“Wayne membuktika­n kepada saya impian yang kami perlukan dan mentaliti menang, dia tahu bagaimana untuk menang kejuaraan dan saya amat gembira dia memutuskan untuk pulang,” kata Koeman.

“Dia sayangkan Everton dan dia terdesak untuk kembali. Dia baru berusia 31 tahun dan saya tidak ragu-ragu mengenai kualitinya. Amat mengagumka­n dia berada di sini.”

 Rooney kembali ke Goodison Park, ikat kontrak dua tahun

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia