Harian Metro

Faiz tekad benam ATM

- Malik Muhamad sukan@hmetro.com.my

Kuala Terengganu: Selepas gagal mengutip tiga mata penuh bertemu Johor Darul Ta’zim (Johor DT) Jumaat lalu, pemain paling rendah dalam skuad Terengganu, Mohd Faiz Mohd Nasir, 25, bertekad untuk membantu pasukannya mencatat kemenangan bertemu ATM dalam aksi Liga Perdana di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah malam ini.

Pemain yang digelar ‘Messi Terengganu’ yang hanya mempunyai ketinggian 1.56 meter itu juga berazam untuk memperbaik­i mutu permainann­ya supaya lebih konsisten dalam setiap perlawanan.

“Secara jujur saya belum puas hati dengan corak permainan saya kerana gagal membantu pasukan terutama ketika seri dengan pasukan Johor DT 0-0 dan Johor Darul Ta’zim II 2-2 akhir bulan lalu.

“Justeru sekiranya saya masih diperlukan dalam kesebelasa­n utama malam ini, saya berazam untuk memperagak­an aksi terbaik sekali gus mahu mengutip tiga mata penuh lebih-lebih lagi beraksi di laman sendiri walaupun ATM menjadi tuan rumah,” kata pemain kelahiran Kelantan itu.

Dalam aksi Jumaat lalu, Faiz yang digandingk­an buat kali kedua dengan pemain import baru dari Brazil, Gabriel Davis Dos Santos, berjaya menguasai bahagian tengah sekali gus bakal digandingk­an sekali lagi malam ini.

Sementara itu pengendali Terengganu, Irfan Bakti Abu Salim mengakui sedikit risau dengan tahap kecergasan pemainnya selepas tiga perlawanan yang begitu padat bermula 30 Jun lalu.

“Saya bimbang masalah kelesuan pemain selepas tiga perlawanan yang dilalui, justeru itu saya tidak ada pilihan lain kecuali akan melakukan pertukaran dan rombakan ke atas pemain bagi mengelak perkara itu berlaku.

“Selain itu saya turut mengharapk­an penyerang baru, Tchetche Kipre supaya lebih tajam dan mampu meledak jaringan pertama selepas tiga perlawanan tanpa sebarang gol,” kata Irfan.

 ??  ?? PEMAIN Johor DT, Fadzly Mazlan (kanan) diasak oleh Faiz pada perlawanan peringkat kumpulan Piala Malaysia.
PEMAIN Johor DT, Fadzly Mazlan (kanan) diasak oleh Faiz pada perlawanan peringkat kumpulan Piala Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia