Harian Metro

Zulhamizan tuntut anak buah konsisten

- Asrol Awang sukan@hmetro.com.my

Kuantan: Jurulatih Kuantan FA, Zulhamizan Zakaria menuntut skuadnya terus mempamerka­n prestasi konsisten apabila bertemu Perlis di Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar, petang ini.

Biarpun prestasi skuad Harimau Utara tidak menentu, beliau mahu The Seagulls lebih berwaspada terutama memastikan tidak terlepas mata.

Katanya, kemenangan 3-1 ke atas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diharap melonjakka­n semangat pemain untuk menambah tiga mata dalam usaha memperbaik­i kedudukan lebih baik dalam saingan Liga Perdana musim ini.

“Saya percaya mereka (pemain) dapat beraksi dengan baik untuk mengutip tiga mata lagi memandangk­an tuan rumah tidak berada pada prestasi terbaik dan kini menghuni dua tangga tercorot.

“Tapi pemain tidak boleh memandang mudah keupayaan lawan kerana mereka juga mahu meraih kemenangan untuk kekal dalam saingan liga musim depan.

“Oleh itu, saya harap The Seagulls lebih sedia dan mempamerka­n prestasi terbaik terutama jentera serangan lebih berbisa,” katanya semalam.

 ??  ??
 ??  ?? Saya percaya mereka (pemain) dapat beraksi dengan baik untuk mengutip tiga mata lagi memandangk­an tuan rumah tidak berada pada prestasi terbaik dan kini menghuni dua tangga tercorot”
Saya percaya mereka (pemain) dapat beraksi dengan baik untuk mengutip tiga mata lagi memandangk­an tuan rumah tidak berada pada prestasi terbaik dan kini menghuni dua tangga tercorot”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia