Harian Metro

Kim Swee tak bimbang dedah kekuatan pasukan

-

Stadium Shah Alam, Khamis ini.

Kedua-dua pasukan Sabtu lalu diundi dalam Kumpulan A pada saingan Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur bulan depan namun mereka bersedia untuk menguji kekuatan lebih awal.

Menurut Kim Swee, ketika ini beliau lebih fokus kepada persediaan menghadapi saingan kelayakan Kejohanan Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) B-23 di Bangkok dari 19-23 Julai depan.

“Saya rasa tak ada masalah sebab perlawanan persahabat­an ini sudah diatur sebulan lalu. Pada saya kedua-dua pasukan tak fokus kepada Sukan SEA tapi sekarang hanya kepada kelayakan AFC.

“Tak ada apa yang perlu dirisaukan, walaupun kami akan berada satu kumpulan pada Sukan SEA, dalam bola sepak akan ada perubahan setiap hari,” katanya kepada Arena Metro semalam. Dalam undian yang diadakan kelmarin, tuan rumah Malaysia diundi dalam Kumpulan A bersama naib juara Sukan SEA 2015, Myanmar, Singapura, Laos dan Brunei.

Manakala Kumpulan B dianggap sebagai kumpulan maut membabitka­n juara bertahan Thailand, Vietnam, Indonesia, Kemboja, Filipina dan Timor-Leste.

Dalam saingan kelayakan Kejohanan AFC B-23, Malaysia berada dalam Kumpulan H bersama tuan rumah Thailand, Indonesia dan Mongolia.

Kim Swee bagaimanap­un hanya boleh mengumpul semua 26 pemain sehari sebelum perlawanan dengan Myanmar selepas menghadapi masalah untuk mendapatka­n pelepasan pemain bagi kem latihan pusat yang sepatutnya bermula 5 Julai lalu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia