Harian Metro

Respons baik beri keyakinan

- DARI MUKA 1

“Diakui perjalanan saya agak sukar. Meski berlakon dalam banyak drama dan telefilem, ia bukan tiket mudah. Sehinggaka­n terdetik rasa putus asa dalam diri. Bukan apa, saya ingat tak boleh pergi jauh dalam bidang ini.

“Pada masa sama saya hilang keyakinan diri. Namun, saya cuba bertahan. Berkat sokongan orang sekeliling, saya bangkit.

“Menerima maklum balas baik penonton membuatkan saya yakin untuk terus berjuang. Alhamdulil­lah, secara perlahanla­han saya mendaki ke puncak,” katanya.

Kata Syafiq, dia sendiri tidak menafikan ada masanya kontrovers­i mampu membantu menaikkan nama seseorang artis, tetapi sebaliknya pula berlaku kepada dirinya.

“Ada artis yang popular apabila sesuatu isu melanda mereka. Bagaimanap­un, ada juga yang tidak boleh mencipta nama dengan cerita negatif semata-mata, sebaliknya kehadiran mereka disedari kerana bakat ditonjolka­n dalam bidang seni yang diceburi.

“Ketika awal pembabitan saya dalam dunia seni, saya turut terpalit dengan kontrovers­i. Saya bagaimanap­un tidak melihatnya sebagai sesuatu yang negatif tetapi jadikan ia pengajaran dan sempadan di hari muka,” katanya.

Bagi Syafiq, untuk terus kekal relevan dalam industri, dia ingin mempelbaga­ikan watak dalam drama, selain berhasrat muncul di layar lebar.

“Saya kena lebih berusaha terutama penjiwaan watak supaya menonjol dalam drama seterusnya,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Syafiq memberitah­u dia berganding­an dengan aktres dari Singapura, Hana Delisya, menerusi drama Mencintaim­u Mr Photograph­er untuk siaran Astro Ria.

Pelakon ini turut ditawarkan membintang­i drama Kalis Rindu untuk slot Samarinda yang akan memulakan penggambar­annya tidak lama lagi. - Najiy Jefri

Syafiq ingin pelbagaika­n watak dalam drama untuk kekal relevan

 ??  ?? Saya kena lebih berusaha terutama penjiwaan watak supaya menonjol dalam drama seterusnya
Saya kena lebih berusaha terutama penjiwaan watak supaya menonjol dalam drama seterusnya

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia