Harian Metro

Hati tertambat kala terpandang

- Ramlah Zainal ramlah@hmetro.com.my

Hampir enam bulan mengenali hati budi, akhirnya pelakon drama Suamiku Paling Sweet, Mawar Rashid, 22, sudah pun bergelar tunang kepada ahli perniagaan, pelakon dan pengacara TV, Raden Ahmad Faizal Datuk Yaakob atau Raf Yaakob.

Majlis pertunanga­n berlangsun­g secara tertutup sempena Jamuan Santai Aidilfitri SukaSucre Creatives di Roof Garden, Sime Darby Convention Centre, Bukit Kiara, Jumaat lalu.

Raf, 32, berstatus duda dua anak adalah adik kepada cef selebriti dan penyanyi Datuk Fazley Yaakob.

Ketika ditemui, Mawar atau nama sebenarnya, Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid berkata, dia tidak pernah percaya dengan istilah jatuh cinta pandang pertama.

“Ternyata saya salah. Kali pertama bertemu Raf, dia berjaya menambat hati saya.

“Raf memiliki kriteria suami yang dicari iaitu penyayang, bertanggun­gjawab, berkarisma, merendah diri, sopan tutur kata dan boleh bimbing saya dunia akhirat.

“Saya kagum dengan pengetahua­n agama

Raf apatah lagi selepas melihat dia dan abangnya (Fazley) membaca talkin ketika arwah bapa mereka meninggal dunia,” katanya,

Bercerita detik perkenalan, kata Mawar, dia dan Raf diperkenal­kan pelakon Emma Maembong Januari lalu.

“Saya mengenali Raf di sebuah restoran yang turut ditemani Emma dan rakan lain.

“Ketika itu, Emma menyuaraka­n hasrat menemukan kami kerana Raf sudah dianggap abang angkatnya.

“Secara kebetulan, bapa Emma ialah rakan karib arwah bapa Raf dan keluarga mereka saling mengenali sejak 12 tahun lalu.

“Manakala Emma dan adik-beradiknya juga berkawan rapat dengan saya sejak di bangku sekolah sehingga sekarang,” katanya.

Pelakon yang mencuri perhatian ramai menerusi pertanding­an Dewi Remaja 2014/15 ini berkata, dia akan meneruskan kerjaya seni selepas berumah tangga nanti.

Bagi Raf pula, Mawar gadis yang sopan, lemah lembut, baik hati, menghormat­i orang tua dan menyukai kanak-kanak.

“Mawar juga pandai cari duit dalam usia muda,” katanya.

Ditanya mengenai tarikh majlis pernikahan dan persanding­an pula, kata Raf, ia dijangka berlangsun­g pada hujung tahun ini.

“Pihak kami belum putuskan tarikh dan ia masih dalam perbincang­an kerana masing-masing terikat dengan komitmen kerja,” katanya.

Pada majlis pertunanga­n itu, Mawar tampil anggun dengan busana rekaan Cosry. Acara itu dihadiri kira-kira

 ??  ?? BERSAMA kaum keluarga yang memeriahka­n majlis.
BERSAMA kaum keluarga yang memeriahka­n majlis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia