Harian Metro

KELIRU WAJAH EKSOTIK

- Syanty Octavia Amry soctavia@hmetro.com.my

Zooey mahu peminat

lebih hargai dan menyedari bakatnya

Wajahnya yang cantik dan eksotik kadangkala membuatkan peminat keliru siapa gerangan gadis yang dikenali sebagai Zooey ini.

Berasal dari Sabah dan berdarah campuran Cina serta Banjar, pemilik nama penuh Zubaidah Mohd Noor Amir, 24, tidak mahu wajah dan namanya menjadi pertikaian.

Sebaliknya, dia mahu peminat lebih menghargai dan menyedari bakatnya.

Aktif mengacara dan menjadi penyampai radio Era FM, Zooey adalah bekas peserta top 4 Penyampai Top Malaysia ERA FM 2014.

Selain bersiaran di konti radio, peminat boleh menyaksika­n gelagat

Zooey di program Muzik Muzik TV3 dan Pop Bites di TV9.

“Tidak dinafikan ada segelintir peminat keliru apabila saya memperkena­lkan diri sebagai Zooey dan bertanya dari mana saya berasal.

“Bagi yang tahu saya dari Sabah, mereka faham ramai penduduk negeri ini berdarah campuran.

“Oleh itu, saya berharap peminat tidak jadikan nama saya sebagai isu,” katanya.

Berkongsi perihal karier, Zooey mengakui menyukai dunia pengacaraa­n dan penyiaran. Ini kerana kedua-dua bidang itu ada cabaran tersendiri dan memberi ruang kepadanya untuk menggali lebih banyak ilmu.

“Walaupun saya lahir daripada pertanding­an pencarian bakat penyampai radio, rezeki lebih ke arah pengacaraa­n.

“Saya tidak kisah rezeki mana yang datang dulu kerana kedua-duanya bidang diminati.

“Tambahan pula, Era FM turut menawarkan saya kerja sambilan dan saya selesa dengan keadaan itu,” katanya.

Zooey juga tidak meletakkan populariti sebagai sasaran utama. Baginya kualiti kerja lebih penting berbanding populariti yang mungkin bertahan sekejap saja.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia