Harian Metro

CUNGKIL BAKAT ORANG SABAH

-

upaya memastikan ia meninggalk­an impak besar di hati orang ramai.

“Hadiah utama ialah wang tunai bernilai RM50,000 beserta hadiah sampingan lain seperti tanah dan kereta dan keseluruha­nnya berjumlah RM100,000,” katanya.

Objektif pihaknya menyediaka­n hadiah lumayan kerana mahu setiap peserta memberikan persembaha­n terbaik.

Tidak terkecuali, pemenang turut diberikan kontrak lima tahun untuk membolehka­n mereka mendapat latihan secukupnya selain membantu menentukan hala tuju selepas itu.

Dalam pada itu, Jeffry menafikan TGT 2017 meniru programTV luar negara, antaranya Asian Got Talent dan British Got Talent.

“Hanya garapan beberapa segmen program berkenaan yang digabungka­n dengan beberapa program lain diadun bagi membentuk TGT 2017.

“Ia adalah sesuatu yang segar kerana kami bukan sahaja mencari penyanyi, tapi mereka yang turut berbakat dalam cabang seni lain seperti menari dan silap mata,” katanya.

Pencarian yang dibuat sejak beberapa bulan lalu menemukan 30 peserta yang melayakkan diri dalam pusingan ketiga.

“8 Julai lalu kami mengadakan showcase hari raya semua peserta TGT 2017 di sebuah dewan di Tawau. Ia ibarat pengenalan bagi memperkena­lkan mereka kepada orang ramai.

“Konsert prelude pula akan diadakan pada 15 Julai ini untuk memilih hanya 12 peserta bagi meneruskan persaingan,” katanya.

Daripada sini akan ada konsert setiap minggu dari Tawau dan Jeffry berunding untuk bekerjasam­a dengan sebuah stesen TV untuk menyiarkan­nya secara langsung.

Peserta TGT 2017 dilatih tenaga pengajar profesiona­l seperti Eddie Hamid, Pak Ngah, Awang BPR dan ramai lagi.

Pak Ngah yang ditemui mengakui kagum dengan bakat daripada Sabah termasuk seorang pemain gambus yang menawan hatinya dan kini bergelar peserta TGT 2017.

Tawau Got Talent turut buka peluang kepada penyanyi

baru seluruh negara

 ?? FOTO: ?? PAK NGAH (kiri) bersama Jeffry (tengah) dan mereka yang terbabit dalam Tawau Got Talent 2017.
FOTO: PAK NGAH (kiri) bersama Jeffry (tengah) dan mereka yang terbabit dalam Tawau Got Talent 2017.
 ??  ?? JEFFRY
JEFFRY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia