Harian Metro

SINOPSIS TV

- TV3, 6.58 petang PINGGAN TAK RETAK, NASI TAK DINGIN EPISOD 1 TV3, 10 malam JANGAN IKUT AKU TV3, 12.30 tengah malan SUSUK

Sehari sebelum majlis perkahwina­nnya, Yuhanis dikejutkan dengan berita tunangnya, Sharul Nizam enggan menikahiny­a.

Bimbang maruah keluarga tercemar, Yuhanis menebalkan muka merayu dan memaksa abang kepada Sharul Nizam, Saiful Mizan mengahwini­nya.

Pada mulanya Mizan, menolak kerana tidak mahu menjadi pak turut. Mizan juga masih trauma dengan perceraian­nya dua tahun lalu.

Namun akhirnya Mizan bersetuju dengan bersyarat.

Dia tidak mahu diganggu dan menganggap ikatan perkahwina­n hanya bersifat sementara.

Kata-kata Mizan memakan diri apabila lama-kelamaan dia mula terpaut hati dengan Yuhanis gara-gara sifat Yuhanis yang penyabar dan patuh kepadanya walaupun tidak dilayan selayaknya.

Mereka mula mengecapi bahagia tetapi muncul pula bekas tunang Yuhanis dan muncul juga Suraya, bekas isteri Saiful Mizan yang mahu kembali menagih cinta.

Rumah tangga yang dibina mula goyah. Kebahagiaa­n mereka dilanda badai. Ada rahsia yang belum terlerai. Ada cinta yang belum terucap. Ada perkara yang belum selesai. Mampukan Mizan mempertaha­nkan Yuhanis sebagai isterinya?

Pelakon: Idris Khan, Azrel Ismail, Raysha Rizrose, Zera Hariz, Sheila Mambo dan Zain Hamid. Akil dan Nabil bersama rakan berkhemah di sungai tempat mereka sering memancing. Akil mula berasakan ada sesuatu yang tidak kena selepas dia membuang air di satu kawasan sungai itu.

PELAKON: Anas Ridzuan, Suffian BMB, G-Bob, Uqasha Senrose dan Sharifah Sakinah. Noni gagal menyelamat­kan Adam. Degawan merampas Adam daripada tangan Noni. Noni hampir putus asa. Faruk buat pertama kali berjaya bersemuka dengan Noni.

PELAKON: Kaza, Dynas, Zamarul Hisham, Shahrul, Julia Ziglers, Rozita Che Wan, Zally Hussein, Iqram Dinzly dan Hafizuddin.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia