Harian Metro

Tunjuk panas baran di pusat beli-belah

-

Sikap panas baran artis ini sudah lama SS ketahui. Mungkin kerana usianya masih muda, dia cepat naik angin.

Namun kini, artis itu sudah berkahwin dan SS sangka dia sudah berubah apatah lagi kini sudah bergelar bapa.

Nak dijadikan cerita, ketika memasuki sebuah butik di pusat beli-belah terkenal di ibu kota, SS dikejutkan dengan satu suara yang sedang ‘mengamuk’.

Apabila SS toleh, rupa-rupanya artis itu sedang memarahi pekerja butik berkenaan.

SS tidak dengar butir bicaranya dengan jelas tetapi kalau setakat masalah lambat dapat barang yang diminta, rasanya boleh tegur secara baik.

SS lihat isterinya di sebelah hanya diam membisu. Lama juga SS perhati gelagat artis itu ‘meroyan’. Terkulatku­lat pekerja itu apabila dimarahi dan malu apabila banyak mata memandang.

Sepatutnya artis itu sedar dia dikenali ramai dan perlu pandai bawa diri. Kot ya pun nak marah, biarlah bertempat dan bersesuaia­n dengan keadaan.

Memang setiap manusia berhak meluahkan amarah tetapi tidak perlu jerit-jerit sampai semua yang ada di premis itu memandang ‘drama’ berkenaan.

SS: Tak selesa berurusan dengan individu yang baran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia