Harian Metro

‘Dodger saya sihat’

- Susunan Michelle Gun michellegu­n@hmetro.com.my

Pelakon Captain America, Chris Evans terpaksa menjelaska­n kepada peminat di media sosial anjing kesayangan­nya tidak mati dan berada dalam keadaan sihat.

Jejaka tampan berusia 36 tahun itu terpaksa membuat penjelasan selepas peminat salah faham terhadap status yang dimuatnaik­nya di Twitter, kelmarin.

Evans berkongsi gambar anjing peliharaan bernama Dodger dalam keadaan berbaring di dadanya matanya tertutup rapat.

“Sangat merindui dia sekarang,” tulisnya.

Gambar serta kapsyen itu menyebabka­n ramai pengikutny­a menyangka Dodger sudah mati dan meluahkan simpati mereka kepada Evans.

Pelakon itu kemudian memuat naik status baru di Twitter dan menjelaska­n terpaksa berjauhan dengan anjingnya selama beberapa bulan.

“Sebenarnya, dia masih hidup dan sihat, cuma ribuan batu berjauhan untuk beberapa bulan seterusnya,” katanya.

Turut meluahkan rasa lega terhadap keadaan sebenar Dodger di Twitter adalah rakan baik Evans, pelakon Seth Rogden.

Pada April lalu, Evans mengambil keputusan memelihara Dodger selepas beraksi dengan anjing itu dalam filem Gifted.

“Ketika membuat penggambar­an babak terakhir di sebuan tempat penjagaan anjing, saya terfikir sama ada haiwan ini untuk tujuan lakonan atau diambil tuan baru.

“Saya berjalan ke hulu ke hilir di lorong itu dan mata tertarik dengan seekor anjing. Saya menangkapn­ya dan mendapati dia anjing yang baik,” katanya.

Pelakon itu menyifatka­n Dodger haiwan penyayang yang turut menyukai kanak-kanak dan mempunyai tenaga seperti anak anjing.

“Bermain dengannya seperti bersenam kerana membuatkan saya penat.

“Saya pencinta anjing. Kami tidur di bantal sama dan akan bangun sambil memandang muka masingmasi­ng,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia