Harian Metro

SUNTIKAN MOTIVASI DARI USIM

-

Sembilan belas murid tahun enam Sekolah Kebangsaan Bongek (SKB), Rembau, Negeri Sembilan teruja apabil diberi peluang mengikuti Program Mentor Mentee di Kampus Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai, Negeri Sembilan baru-baru ini.

Program selama dua hari itu anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling SKB dan Persatuan Pendidikan dan Kebajikan Kampung Bongek dengan kerjasama Kelab Debat USIM.

Guru Besar Hamidah Othman berkata,

Program Mentor Mentee ini dilaksanak­an untuk membantu dan membimbing murid SKB sebagai mentee sekali gus mengesan potensi dan keyakinan diri bagi mencapai kejayaan yang cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2017.

"Program ini berbentuk pemindahan ilmu dari

USIM yang membabitka­n pensyarah dan mahasiswa kepada guru serta murid SKB melalui pelbagai program yang diatur.

"Selain itu ia juga mewujudkan perhubunga­n mesra antara murid, guru dan warga USIM selain melahirkan murid yang mempunyai sahsiah terpuji serta berkeyakin­an," katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia