Harian Metro

AYAH PANAS BARAN

-

Tindakan agresif terhadap ibu ganggu emosi siswa

antara kalian.

Asas utama untuk menyelesai­kan isu ini ialah dengan adanya kesedaran dari dalam diri ayah untuk berubah.

Dalam hal ini, perbincang­an yang tulus adalah penting bagi memastikan kesedaran itu bukan hanya di bibir tetapi jauh di sudut hati.

Namun perkara ini bukan semudah yang diperkatak­an. Ia perlu dipupuk secara berterusan di mana ibu boleh mengingatk­an ayah secara baik dan lemah lembut.

Sebagai anak yang sudah matang dan menganjak dewasa, anda boleh mendekati ibu dan menjadi teman bicara.

Kesediaan anda untuk mendengar apa sahaja yang ingin diperkatak­an adalah satu inisiatif mulia kea rah perkongsia­n telus.

Dengar dengan penuh minat tanpa bertindak untuk mengajar kunci dalam hal-hal yang anda tiada kepakaran.

Anda juga boleh menyatakan perasaan hati yang terganggu ekoran sikap panas baran ayah.

Wujudkan suasana perkongsia­n dari hati ke hati yang penuh tertib dan harmoni. Semoga perkongsia­n anda dengan ibu akan memberikan ketenangan buat kalian.

Selain perkongsia­n perasaan, ia juga mampu mengeratka­n lagi hubungan ibu dan anak.

Semaikan elemen toleransi dalam keluarga terutama ketika berhadapan dengan situasi yang menimbulka­n kemarahan.

Bimbinglah ayah secara berhikmah tanpa meninggika­n suara atau menengking atau melawan cakap ayah.

Besar kemungkina­n kaedah berlemah-lembut ini membantu ayah untuklebih terbuka dan menahan kemarahan supaya tidak mendatangk­an masalah kepada orang lain.

Anda mungkin boleh membantu ayah mempelajar­i cara mengatasi kemarahan itu menerusi pembacaan, perkongsia­n dan luahan rasa anda.

Bimbingan ini perlu dilakukan secara berterusan dan pastinya ibu adalah orang paling rapat dengan ayah.

Selain itu, kenal pasti dalam kalangan ahli keluarga besar anda siapa agak rapat dengan ayah. Mungkin juga boleh dijadikan orang tengah untuk menasihati ayah.

Mengetahui cara mengatasi kemarahan iaitu dengan mengetahui punca kemarahan, situasi marah dan teknik mengawal pernafasan.

Setiap kali ayah marah, ingatkan pada ayah bahawa marah itu akan menjadi lebih besar jika tidak dikawal.

Jika tidak berani untuk memberitah­u ayah berkenaan hal ini bagi mengelakka­n salah sangka yang lebih teruk, maka

Selain itu, berdoa kepada Allah supaya diberi petunjuk dan hidayah kepada anda sekeluarga.

Perhubunga­n yang baik seharusnya mengikut panduan agama dan menjaga batas-batas. Hormat-menghormat­i itu sangat penting.

Bantu ayah untuk menjadi hamba Allah yang lebih sabar kerana tugas ayah adalah sebagai ketua keluarga. Selamat mencuba.

Namun jika tindakan ayah keterlalua­n hingga menimbulka­n kecederaan, maka anda perlu bertindak lebih tegas.

Bagaimanap­un, restu dan izin ibu itu penting supaya segala tindakan anda adalah diketahui oleh ibu.

Jika didapati berlakunya keganasan, maka ketahui cara-cara untuk bertindak selepas berlakunya hal sedemikian.

Setiap keganasan yang berlaku perlu dilaporkan kepada pihak berwajib dan Akta perlindung­an wanita dan kanak-kanak itu sudahsedia ada untuk memberikan bantuan serta perlindung­an.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia