Harian Metro

Tangani jenayah siber

- Fazurawati Che Lah fazurawati@hmetro.com.my

Ancaman jenayah siber seperti malware, iaitu penipuan melalui program sama ada komputer atau telefon pintar memberi impak ke atas perkembang­an bidang kerjaya forensik komputer di Malaysia khasnya dan dunia amnya.

Menurut Laporan Ancaman Keselamata­n Sophos, Malaysia negara ke-6 di dunia yang berisiko tinggi terdedah kepada ancaman jenayah siber selain sembilan negara lain iaitu Hong Kong, Taiwan, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Mexico, India, Filipina, Thailand, China dan Indonesia.

Penipuan menjadi kes tertinggi dilaporkan dalam jenayah siber diikuti cubaan menceroboh, spam, penafian perkhidmat­an, pembulian siber,

MSU tawar program Forensik Komputer peringkat diploma, ijazah sarjana muda

penipuan, kandungan yang berkaitan, kod berniat jahat dan laporan kelemahan seperti fitnah melalui siber.

Situasi itu melonjakka­n permintaan majikan terhadap tenaga pakar forensik komputer dalam menangani risiko jenayah siber yang semakin berleluasa ini.

Turut dikenali sebagai digital forensik, bidang ini adalah salah satu cabang ilmu forensik yang berkait rapat dengan bukti perundanga­n yang ditemui dalam komputer dan media penyimpana­n digital.

Tujuannya menerangka­n situasi terkini artifak digital seperti sistem komputer, medium penyimpana­n seperti cakera keras dan dokumen elektronik seperti emel.

Melihat potensi bidang ini, Management & Science University (MSU) dengan status universiti cemerlang di Malaysia memberi peluang kepada pelajar berminat mengikuti program Forensik Komputer di peringkat diploma dan ijazah sarjana muda sekali gus mengisi peluang kerjaya cerah.

Program berkenaan ditawarkan dengan kelayakan minimum digariskan institusi melalui Faculty of Informatio­n Sciences & Engineerin­g (FISE).

Menggunaka­n modul pembelajar­an terkini di samping sokongan pensyarah berpengala­man melalui program mentor mentee, penuntut akan dibantu bagi mencapai keputusan cemerlang dengan suasana pembelajar­an kondusif sebagai bonus kepada siswa.

Forensik komputer dikategori­kan kepada beberapa bidang utama iaitu forensik jaringan, forensik data, forensik multimedia serta forensik telekomuni­kasi.

Antara kepakaran lulusan forensik komputer termasukla­h dalam menganalis­a sistem komputer bagi kes membabitka­n perundanga­n, berkemampu­an mengenali dan membaikpul­ih kerosakan data komputer dalam sesebuah organisasi, mengesan penceroboh­an sistem komputer dan pangkalan data serta membantu menyediaka­n organisasi supaya memahami lebih lanjut mengenai fungsi perkompute­ran dan langkah-langkah keselamata­n data.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia