Harian Metro

Pengalaman di luar dewan kuliah

-

Boleh ambil peluang bina jaringan untuk kemudahan akan datang

Soal rehat dan tidur, memang sudah lama diketepika­n mereka yang nekad kerja ‘part time’ atau sambilan ini.

Walau penat sekalipun, siswa ini sudah tidak kisah. Lumrah kehidupan zaman sekarang. Walaupun pendapatan yang diraih hasil kerja sambilan itu tidaklah sebesar mana, sedikit sebanyak dapat digunakan untuk menampung kos sara hidup masing-masing.

Pengarah Pusat Pembanguna­n Keusahawan­an Siswa (PPKS) Pusat Komersial Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Dr Ummi Salwa Ahmad Bustamam berkata, bekerja sambilan membantu penuntut menimba pengalaman yang tidak diperoleh di dewan kuliah.

Katanya. apa paling penting adalah siswa dapat mengisi masa lapang dengan bermanfaat.

Menurut beliau, selain mengumpul duit poket dan simpanan, pengalaman penting yang dapat diperoleh adalah dari segi perhubunga­n dan komunikasi dengan pelanggan atau orang awam serta menyiapkan tugasan dalam masa singkat.

“Mereka sebenarnya boleh mengambil peluang ini untuk membina jaringan untuk kemudahan akan datang. Antaranya adalah untuk mendapatka­n tempat bagi menjalanka­n latihan industri kelak.

“Penuntut juga dapat mengasah kebolehan ‘interperso­nal’ dan ‘softskill’ mereka yang sangat diperlukan selepas bergraduas­i kelak. Hal ini berguna terutama sebagai persediaan menghadiri temuduga bekerja,” katanya.

Jelasnya lagi, dengan melakukan aktiviti itu juga, pergaulan siswa menjadi lebih luas dan sekali gus menjadikan mereka lebih matang berbanding rakan yang tidak pernah bekerja sambilan.

Kata Dr Ummi Salwa, tiada akta tertentu yang menghalang siswa tempatan untuk bekerja sampingan terutama ketika cuti semester.

Sebaliknya katanya, tempoh cuti semester yang agak lama iaitu lebih dua bulan perlu dimanfaatk­an sepenuhnya oleh penuntut.

“Bagi yang tidak terbabit dengan aktiviti persatuan, adalah digalakkan menimba pengalaman dan mengasah ‘softskill’ dengan bekerja sambilan,” katanya.

“Pelbagai jenis pekerjaan yang ditawarkan, antaranya sebagai pembantu kedai, guru sementara atau tuisyen, pembantu taska, agen insurans atau berniaga secara atas talian,” katanya.

Syarikat yang banyak mengambil pekerja sambilan termasuk restoran makanan segera dan kedai 24 jam kerana kurang memerlukan kepakaran serta kemahiran tinggi.

Dr Ummi Salwa berkata terdapat juga penuntut yang berminat untuk bekerja di sektor keusahawan­an sosial, misalnya Projek Nasi Lemak yang membantu golongan gelandanga­n dan ibu tunggal.

Bagaimanap­un, Dr

Ummi Salwa menasihatk­an penuntut yang melakukan pekerjaan sambilan tidak hilang fokus hingga menjejaska­n pengajian.

“Penuntut mungkin akan gelap mata apabila melihat wang yang diperolehi hasil kerja sambilan dan hilang fokus untuk meneruskan pengajian.

“Malah siswa yang mudah terpengaru­h juga mungkin akan terjebak dalam masalah sosial misalnya menghisap rokok, dadah, terdedah kepada budaya ‘hedonisme’ melampau iaitu implikasi daripada pergaulan bebas ketika bekerja,” katanya.

Bagi Nur Dina Omaruddin, 26 yang kini menuntut di Universiti Putra Malaysia (UPM), beliau mula mencari pendapatan sampingan sebagai guru sambilan sejak setahun lalu.

“Saya sendiri mengajar murid dalam mata

 ??  ?? DINA sentiasa
memberi terbaik kepada
pelajarnya
DINA sentiasa memberi terbaik kepada pelajarnya

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia