Harian Metro

KERANA ‘BANGGA’ SAYA KE BOSNIA

- Kurt Fathul am@hmetro.com.my

Kemegahan terhadap Malaysia buatkan penulis cabar diri keluar zon selesa

Menempuhi laluan darat sejauh

17,805 kilometer dari Kuala Lumpur merentasi wilayah Siberia di Russia untuk ke Bosnia Herzegovin­a. Perjalanan yang mengambil masa 75 hari itu betul-betul mencabar, apatah lagi hanya bersendiri­an menempuhin­ya. Pengembara­an ini membawa saya menjelajah ke 22 kota dari 16 negara keseluruha­n.

Saya menghampir­i usia 30 tahun sebelum memulakan pengembara­an ini dan bagi saya, perlu mencabar diri untuk keluar dari kepompong selesa.

Alhamdulil­lah, pada 18 April lalu, saya berjaya menghadiah­kan diri untuk berada di puncak Tembok Besar

China pada hari lahir ke-30.

KENAPA BOSNIA?

Ramai bertanya, kenapa Bosnia? Jawapan saya, sejarah ketika berlaku Perang Bosnia sekitar 1992 hingga

1995 antara yang membuatkan saya ingin melihat sendiri bagaimana keadaannya kini.

Pada waktu itu, kita (Malaysia) adalah satu-satunya negara di Asia yang menghantar pelbagai bantuan kemanusiaa­n dan menggesa negara dari kalangan ahli Pertubuhan Persidanga­n Islam (OIC) bangkit memberi tekanan. Ini semata-mata bagi menghentik­an peperangan.

Rasa bangga itu adalah sebab utama membuatkan saya ke sini. Oleh itu, bermulalah kisah perjalanan saya ‘Dari Kuala Lumpur Ke Bosnia.’

PERTAMA KALI KE EROPAH SENDIRIAN

Pada mulanya saya merahsiaka­n pengembara­an ke Bosnia & Herzegovin­a daripada pengetahua­n keluarga kecuali ibu yang mengetahui­nya dua bulan sebelum pergi.

Dia banyak membantu dan memberi sokongan kerana tahu saya sukakan cabaran sejak kecil. Ini bukan kali pertama, saya juga pernah mengembara sendiri ke Indonesia, Korea Selatan, Thailand, Vietnam dan beberapa negara Asia Tenggara lain.

Jadi, bukan sesuatu yang baru untuk saya kembara ke Bosnia & Herzegovin­a dengan merentasi tanah Siberia di Russia.

Cuma bezanya ini kali pertama saya ke Eropah bersendiri­an.

RUSSIA PALING SUKAR BERKOMUNIK­ASI

Saya sudah menjangkak­an kesukaran dalam berkomunik­asi di negara seperti China dan Russia. Bagaimanap­un, saya berasakan di China lebih mudah berbanding Russia yang ternyata batas komunikasi­nya lebih sukar.

Jangan terkejut jika anda dimarahi segelintir orang Russia kerana tidak tahu berbahasa Russia!

Situasi ini membuatkan saya terfikir benarlah orang Russia itu ‘dingin’ sedingin cuacanya.

Tapi, tidak semua begitu. Jika anda mengenali mereka lebih dekat, mereka sebenarnya peramah dan baik hati. Ke mana pun kita, sekiranya tahu membawa diri pasti akan mudah untuk berkomunik­asi tidak kira di hujung dunia sekali pun.

Paling manis untuk pengembara­an ini, saya berpeluang berpuasa dan menyambut hari raya di bumi Bosnia. Dan memori ini antara kenangan luar biasa yang tak akan saya lupakan sampai bila-bila.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia