Harian Metro

Menangkis mitos mengenai parasetamo­l

-

Parasetamo­l adalah salah satu daripada ubat yang digunakan dan diselidiki secara meluas di dunia. Ia juga dibuktikan secara klinikal dapat merawat demam dan sakit ringan hingga sederhana oleh sebahagian besar masyarakat di negara ini.

Untuk lebih 60 tahun, parasetamo­l dianggap antara keperluan asas dan mempunyai ruangnya tersendiri dalam almari ubat hampir di setiap rumah.

Presiden Persatuan Kajian Kesakitan Malaysia Dr Mary Cardosa berkata, walaupun digunakan secara meluas, ramai individu masih kurang memahami bagaimana parasetamo­l berfungsi.

“Parasetamo­l menghalang pengeluara­n prostaglan­din iaitu bahan yang dibebaskan sebagai tindak balas kepada kecederaan atau keradangan. Apabila dihadam, parasetamo­l akan diserap ke dalam aliran darah dan menghalang pengeluara­n prostaglan­din. Ini akan mengakibat­kan badan kurang peka kepada kesakitan atau kecederaan.

“Menerusi tindakan ini, ia bukan saja melegakan kesakitan dan demam dengan berkesan, tetapi kurang mempunyai kesan sampingann­ya jika diambil mengikut dos yang disyorkan,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia