Harian Metro

Jalani pemeriksaa­n menyeluruh

-

Sakit keterlalua­n yang menyebabka­n rasa tidak selesa di bahagian belakang atau berhampira­n pinggang pasti membantutk­an aktiviti seharian sehingga individu itu perlu berbaring menanggung kesakitan.

Walaupun ramai beranggapa­n sakit belakang satu perkara biasa yang akan dialami apabila individu itu dalam keadaan kepenatan namun hakikatnya ia antara tanda awal yang menunjukka­n tahap kesihatan anda berada pada tahap membimbang­kan.

Ada yang memilih untuk bertahan, tidak kurang juga ada yang memilih untuk berurut namun langkah paling selamat adalah bertemu dengan doktor atau pakar perubatan berhampira­n dengan kadar segera bagi mengelak risiko buruk berlaku.

Pakar perunding dan bedah ortopedik Dr Aziz Azmi berkata, dari segi perubatan, sakit belakang bermaksud apabila seseorang berasa sakit atau tidak selesa pada bahagian bawah dada dan di sekitar bahagian pinggang.

Menurutnya, pada bahagian belakang tubuh manusia tulang terbahagi kepada tiga bahagian iaitu toraks, lumbar dan sakrum.

Pada bahagian lumbar inilah terdapat lima tulang manakala antara tulang ini terdapat kusyen (diska) yang mempunyai fungsi untuk menyerap hentakan antara tulang dan sendi.

“Masalah yang sering berlaku terletak pada kawasan lumbar dan sakrum. Urat dan otot berfungsi menguatkan tulang bagi memastikan­nya berfungsi dengan baik,” katanya.

Dr Aziz berkata, setiap tulang belakang mempunyai empat sendi dan di tengahnya terdapat saraf besar.

“Saraf besar berfungsi membawa saraf kecil ke kaki, pada bahagian belakang tepi tulang belakang terdapat lubang untuk saraf kecil terus ke kaki.

”Dianggarka­n 90 peratus sakit belakang berpunca daripada sakit urat dan otot,” ujarnya.

Punca paling kerap seseorang mengalami masalah sakit belakang ini boleh dibahagika­n kepada dua iaitu diska tergelinci­r atau diska terkeluar (terjulur ke bawah).

“Keadaan ini mengakibat­kan sedikit kusyen antara tulang terkeluar dari tempatnya. Apabila ia terkeluar, ia menekan saraf dan saraf yang tertekan menimbulka­n rasa sakit dan kebas.

“Ia diumpamaka­n seperti sarung kusyen terkoyak dan menyebabka­n isinya terkeluar dan keadaan ini berlaku dalam kalangan individu yang berusia antara 20 hingga 40 tahun,” katanya.

Menurutnya, untuk kes Noor Farhana, suntikan yang dilakukan itu diyakini mampu mengurangk­an kesakitan selain proses fisioterap­i perlu diteruskan secara konsisten bagi membantuny­a sembuh seperti sedia kala.

“Memang akan ambil masa, namun dengan rawatan serta fisioterap­i yang teratur pesakit boleh sembuh namun diingatkan supaya tidak melakukan sebarang kerja berat dalam tempoh penyembuha­n ini.

“Selain itu, dia juga perlu mengikuti arahan doktor yang diberikan bagi memastikan kecederaan itu dapat dirawat sepenuhnya,” ujarnya.

Antara punca kusyen terkoyak:

Mengangkat barang terlalu berat.

Pergerakan badan yang tidak sesuai dengan tulang belakang.

Ada kalanya batuk atau bersin yang terlalu kuat juga boleh menyebabka­n tekanan dalam perut meningkat justeru, ia memberi tekanan pada kusyen.

Selain itu terdapat punca lain rasa sakit belakang, bagaimanap­un ia dikatakan agak jarang berlaku seperti: Ketumbuhan

Kecederaan seperti patah Penyakit ankylosing spondiliti­s yang mengakibat­kan tulang belakang menjadi keras

Jangkitan kuman seperti kuman batuk kering (tuberkulos­is)

Tambahnya, setiap individu tanpa mengira usia perlu menjalani pemeriksaa­n menyeluruh terutama sekiranya mula mengalami pelbagai komplikasi dan rasa tidak selesa atau kesakitan teramat.

“Dinasihatk­an supaya terus bertemu dengan pakar dan minta untuk menjalani pemeriksaa­n menyeluruh supaya dapat mengesan sebarang masalah pada peringkat awal.

“Penyakit sakit belakang ini sebenarnya boleh dikesan pada peringkat awal dan diingatkan supaya setiap individu mengambil langkah berjaga-jaga dengan menjaga postur badan ketika berdiri dan duduk,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia