Harian Metro

Bantu penjagaan postur, tulang belakang

-

Menjaga postur badan dengan betul dan sentiasa memastikan otot mendapat bekalan oksigen yang cukup antara perkara amat penting untuk diberi perhatian.

Ia mampu mengelakka­n kesakitan pada bahagian badan seperti bahu, pinggang dan leher serta sendi pada bahagian lain.

Malah, sakit belakang dan sakit tengkuk atau leher adalah kesakitan paling lazim yang memaksa pesakit bertemu doktor, selain menjadi penyebab utama kecacatan, meninggalk­an kerja dan membabitka­n kos penjagaan kesihatan yang tinggi.

Menyedari kepentinga­n penjagaan postur badan dan tulang belakang, Sap Support tampil sebagai sebuah syarikat peneraju dalam bidang penjagaan kesihatan postur dan tulang belakang.

Pengasasny­a Sairul Azam berkata, jenama tempatan itu sudah bertapak dalam pasaran Malaysia sejak dua tahun yang lalu dengan penjualan lebih 93,000 pakaian kesihatan penjagaan postur.

“Kami memikirkan kepuasan dan keselesaan pelanggan bagi memastikan produk ini dapat membantu lebih ramai orang. Oleh itu, kami memperkena­lkan konsep rekaan yang mudah digunakan dan selesa pada pemakai,” katanya.

Produknya iaitu SP3 dan Spineed didatangka­n dalam tiga rangkaian iaitu Spineed Versi 1, Spineed Versi 3 dan T-shirt Postur.

Sairul berkata, kebanyakan produk di pasaran hanya menutupi bahagian pinggang dan Spineed adalah produk yang menutupi bahagian bahu hingga ke pinggang kerana rekaannya memberi fokus kepada penjagaan postur yang betul.

“Keunikan Spineed terletak pada besi khas yang memberi sokongan lebih kepada si pemakai dan rekaannya yang ergonomik membantu mengekalka­n postur lurus si pemakai, sekali gus mampu menghilang­kan rasa sakit dengan sertamerta.

“Spineed Versi 1 dan 3 boleh digunakan lelaki dan wanita, manakala baju-T postur mempunyai rekaan berbeza iaitu untuk lelaki dan wanita,” ujarnya.

Kata Sairul, menggunaka­n material khas yang diimport dari Korea iaitu getah styrene butadine, Spineed mampu bersaing dengan produk global dari segi ketahanan bahan dan kualiti kerana ia setanding dengan jenama pelopor yang lain.

“Pakaian penjagaan postur badan ini mudah dipakai dan boleh digunakan pada bila-bila masa. Ia sesuai untuk individu yang perlu duduk lama seperti pemandu, pekerja di pejabat dan mereka yang selalu mengangkat barang berat.

“Rangkaian pakaian penjagaan postur ini boleh didapati dengan harga yang amat berpatutan bermula RM90 hingga RM250,” katanya.

 ??  ?? SPINEED Versi 1 dan 3 boleh digunakan lelaki dan wanita
SPINEED Versi 1 dan 3 boleh digunakan lelaki dan wanita

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia