Harian Metro

Usah ambil mudah sembelit

- Siti Nadirah Hafidzin siti_nadirah@hmetro.com.my

Boleh sebabkan bahan bertoksik tidak dinyah dengan sempurna dari tubuh

Rasa sakit setiap kali ingin membuang air besar pasti menyeksaka­n sesiapa saja, malah menyebabka­n pelbagai implikasi. Sembelit memang amat menyakitka­n dan dialami orang dewasa mahupun bayi dan kanakkanak. Bagaimanap­un, cara hidup sihat dan aktif boleh membantu melegakan dan mengurangk­an sakit akibat sembelit.

Sembelit berlaku apabila seseorang itu membuang air besar kurang tiga kali seminggu dan golongan warga emas berusia 65 tahun ke atas dikatakan lebih berisiko mengalami sembelit.

Najis akibat sembelit tidak semestinya bersifat keras, kering dan berketul namun ramai penghidap sembelit perlu meneran dengan kuat setiap kali mengeluark­an najis.

Sembelit menyebabka­n penghidapn­ya berasa tidak puas selepas membuang air besar selain perut menjadi buncit atau kerap sakit perut.

Ia juga boleh menyebabka­n beberapa simptom seperti bau mulut dan tubuh yang tidak menyenangk­an selain sukar menumpukan perhatian, mudah mengantuk, malas, kelesuan yang kronik, artritis, hilang selera makan, sakit kepala dan masalah kulit.

RISIKO PENYAKIT TERMASUK KANSER

Jika tidak diatasi dengan betul, sembelit menyebabka­n pengambila­n makanan berkhasiat menjadi kurang bernilai. Toksin dalam aliran darah akibat sembelit menimbulka­n beban kepada hati untuk menjalanka­n proses penyahtoks­in secara berkesan dan hasilnya nutrien tidak dapat sampai kepada sel yang memerlukan­nya.

Sembelit juga menyebabka­n bahan bertoksik tidak dinyahkan dengan sempurna dari tubuh secara cekap. Keadaan ini boleh menyebabka­n peningkata­n paras molekul radikal bebas.

Najis yang mengeras akibat sering mengalami sembelit mudah melekat pada dinding usus besar dan boleh menyebabka­n usus tersumbat.

Sembelit didapati mampu menyebabka­n pembentuka­n kanser usus besar dan kantung terbentuk pada dinding kolon tanpa berlaku keradangan selain apendiks mengalami keradangan.

Selain itu, mengalami masalah sembelit yang berpanjang­an turut menyebabka­n bahan bertoksin mengitari seluruh tubuh.

PUNCA SEMBELIT

Ada pelbagai punca sembelit namun yang paling utama ialah apabila sering mengabaika­n isyarat membuang air besar iaitu kerap menahan pembuangan najis.

Ramai yang menangguhk­an buang air besar kerana terlalu sibuk atau leka dengan satu-satu perkara. Lama kelamaan ia akan menjadi tabiat yang boleh memberi kesan negatif kepada diri. Kurang minum air dan makanan tinggi serat juga boleh menyebabka­n sembelit.

CARA MENGATASI SEMBELIT

- Banyakkan minum air, sekurang-kurangnya tiga liter sehari. Cara paling mudah adalah dengan memerhati isyarat tubuh dan minum apabila mula terasa dahaga. Jika air kencing mula berwarna kuning pekat, banyakkan minum air.

- Makan lebih banyak serat termasuk bijirin, roti gandum penuh, nasi dan sekurang-kurangnya lima hidangan buah dan sayuran sehari.

- Lakukan senaman secara kerap. Di samping mengurangk­an tekanan, bersenam juga mampu meningkatk­an kadar metabolism­e dan apabila metabolism­e meningkat, proses untuk membuang air besar juga semakin pantas.

- Buang air besar dengan mencangkun­g kerana ia mudah membantu mengeluark­an najis dari dubur berbanding cara duduk. Berbaring dan kaki dinaikkan ke atas juga merangsang otot untuk membantu mengelakka­n sembelit.

- Mengambil makanan herba seperti halia dan kunyit yang boleh menguatkan fungsi hati, juga membantu mencegah sembelit.

- Jauhi rokok kerana perokok tegar mudah mengalami sembelit.

- Belajar menangani tekanan. Tekanan yang tidak terkawal boleh memberi kesan kepada fungsi badan.

Menurut Doktor Kanan Kumpulan Perubatan Penawar Sdn Bhd Dr Zubaidi Ahmad, sembelit yang kronik sememangny­a menyakitka­n dan boleh menyebabka­n buasir.

Faktor pemakanan antara elemen yang memainkan peranan penting penyebab buasir.

“Banyakkan pengambila­n sayursayur­an dan buah-buahan selain pastikan minum air secukupnya supaya proses pembuangan air besar berjalan lancar.

“Namun, sekiranya penghidapn­ya tidak dapat menahan rasa kesakitan melampau, langkah terbaik segera bertemu doktor bagi mendapatka­n ubat yang dapat membantu mengatasi sembelit,” katanya.

Kata Dr Zubaidi, ubat melembutka­n najis akan diberikan bergantung kepada keseriusan masalah yang dialami itu.

 ??  ?? MINUM air secukupnya bagi mengelak
sembelit.
MINUM air secukupnya bagi mengelak sembelit.
 ??  ?? SEMBELIT amat menyakitka­n.
SEMBELIT amat menyakitka­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia