Harian Metro

Besarnya manfaat sayur, buah

- Siti Nadirah Hafidzin siti_nadirah@hmetro.com.my

Kekurangan pengambila­n sayur-sayuran dan buahbuahan segar dalam diet harian menjadi antara faktor risiko kepada peningkata­n kadar kematian selain mudah dijangkiti pelbagai penyakit.

Kajian dilakukan Kementeria­n Kesihatan menunjukka­n pengambila­n serat yang mencukupi melalui sayursayur­an dan buah-buahan boleh menyelamat­kan sehingga 2.7 juta nyawa atau mengurangk­an beban penyakit di seluruh dunia sebanyak 1.8 peratus setahun.

Agensi Penyelidik­an Kanser Antarabang­sa WHO menganggar­kan, pengambila­n sayursayur­an dan buah-buahan yang mencukupi boleh mengurangk­an lima hingga 12 peratus kanser dan 20 hingga 30 peratus kanser usus.

Untuk penyakit kardiovask­ular (jantung) pula, banyak bukti menunjukka­n sayursayur­an dan buah-buahan boleh mengurangk­an risiko kerana kepelbagai­an kandungan khasiat, kalium dan serat yang mempunyai manfaat tersendiri.

Bagaimanap­un, disebabkan pengaruh komersial dan keuntungan, banyak produk makanan hijau dicemari dengan bahan kimia yang digunakan dalam penanamann­ya lantas menimbulka­n keperluan untuk memilih dengan teliti produk tani ini supaya tidak memudaratk­an.

Kandungan sisa racun serangga dan bahan toksin pada sayursayur­an dan buahbuahan menimbulka­n kebimbanga­n kepada pengguna kerana ia menjadi ia boleh punca kepada penyakit berbahaya seperti kanser.

TIP MEMILIH MAKANAN HIJAU:

- Elak dapatkan makanan hijau daripada satu punca yang sama. Ini kerana produk daripada sumber bekalan yang sama akan menggunaka­n kaedah pengeluara­n makanan, penggunaan racun perosak, kaedah pemprosesa­n dan pelbagai faktor pengeluara­n yang sama. Dengan menukar punca makanan akan mengurangk­an risiko pengumpula­n sesuatu bahan toksik.

- Tanam sendiri sayursayur­an dan buah-buahan

Menanam sendiri sayursayur­an dan buah-buahan di sekeliling rumah dapat memastikan ia bebas daripada racun perosak di samping dapat menikmati buah-buahan yang segar dan selamat dimakan.

- Serangga jadi penunjuk

Makanan hijau yang ada (sedikit) kesan serangga menunjukka­n ia kurang atau tiada sisa racun perosak, bagaimanap­un hati-hati akibat penggunaan pelbagai jenis racun pada tempoh yang lama boleh menyababka­n makhluk perosak lali dengan racun itu.

- Cuci bersih

Mencuci makanan hijau dapat mengurangk­an 10 hinga 20 peratus sisa racun yang terdapat di kulit sayuran atau buahbuahan.

- Organik pilihan yang baik

Kaedah penanaman organik dihasilkan secara semula jadi tanpa menggunaka­n sebarang bahan kimia dan racun perosak.

Selain memastikan sayur-sayuran dan buahbuahan bebas dari racun perosak, pengguna perlu memastikan ia juga selamat dimakan dari aspek kebersihan dan kandungan zat makanan.

PANDUAN MEMILIH

- Pilih sayur dan buah yang segar dan cerah warnanya.

- Buah-buahan dan sayur-sayuran jenis bunga mestilah kelihatan cantik bentuknya dan keras.

- Buah-buahan dan sayur-sayuran jenis buah perlu dalam keadaan elok, tidak berkedut dan kulitnya kelihatan banyak mengandung­i air.

- Buah-buahan segar mestilah rangup apabila dimakan.

- Sayur-sayuran jenis kekacang perlu dipilih yang cerah warnanya dan rangup apabila dipatahkan.

- Sayur-sayuran jenis akar atau bebawang perlu keras apabila ditekan dan kelihatan banyak mengandung­i air.

- Sayur-sayuran jenis pucuk hendaklah berwarna cerah, segar dan kelihatan banyak mengandung­i air.

CARA MENYIMPAN

- Penyimpan yang betul perlu untuk memastikan sayur-sayuran dan buahbuahan segar dan tahan lama.

- Sayur-sayuran dan buah-buahan perlu dibasuh, dibalut dengan kertas dan disimpan di bahagian bawah atau ruangan khas untuk sayur-sayuran dan buahbuahan di dalam peti sejuk.

- Jika tiada peti sejuk, sayur-sayuran dan buahbuahan boleh diletakkan di tempat yang dingin dan redup di bahagian dapur.

- Elakkan menggunaka­n beg plastik untuk mengelakka­n buah menjadi layu dan vitaminnya hilang.

- Buah-buahan seperti pisang jangan disimpan di dalam peti sejuk kerana kulitnya boleh menjadi lebam.

- Sayur-sayuran dan buah-buahan di dalam tin hendaklah dipindahka­n di dalam bekas simpanan yang lain sebaik saja tin dibuka dan disimpan di dalam peti sejuk.

 ??  ?? SIMPAN sayur-sayuran dan buah-buahan di tempat sesuai.
SIMPAN sayur-sayuran dan buah-buahan di tempat sesuai.
 ??  ?? PILIH sayur-sayuran dan buah-buahan yang segar sebelum dimakan.
PILIH sayur-sayuran dan buah-buahan yang segar sebelum dimakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia