Harian Metro

MAYAT HANCUR

- Ainul Durmahyant­y Durming hmkk@hmetro.com.my

> “Saya tidak dapat pastikan yang mana satu Muhamad (abang), namun selepas melihat kasut dan tali pinggang salah satu mayat, kami yakin itulah abang saya,” kata Salmah Jujani, 50, di luar bilik mayat Hospital Lahad Datu, semalam. Abang Salmah, Muhamad, 67, serta tiga lagi terbunuh selepas van dinaiki bertembung dan dihempap sebuah lori tangki, lapor Ainul Durmahyant­y Durming

Air matanya saja yang mampu menzahirka­n sejuta duka. Dia tidak menyangka abangnya sudah tiada, meninggalk­an mereka sekeluarga.

“Saya tidak dapat pastikan yang mana satu Muhamad (abang) namun selepas melihat kasut dan tali pinggang yang dipakai salah satu mayat, kami yakin itulah abang,” kata Salmah Jujani, 50, dalam sebak, ketika ditemui di luar bilik mayat Hospital Lahad Datu, semalam.

Salmah, adik kepada seorang daripada empat mangsa kemalangan ngeri di Kilometer 3, Jalan Lahad Datu-Tungku, semalam, turut menjerit dan terduduk selepas mengetahui berita sedih menimpa keluargany­a.

“Saya tidak sangka Muhamad meninggalk­an kami. Saya ini yang patut ‘dipanggil’ bukan dia (abang),” katanya dalam linangan air mata manakala ahli keluarga yang lain menyifatka­n Muhamad seorang yang baik.

Dalam kejadian jam 5.40 pagi itu, van yang dinaiki Muhamad Jujani, 67, Hanisah Baskua, 37, Kabdatul Alinjaman, 34, dan pemandu van, Eddie Luna, 46, yang dalam perjalanan ke Bandar Lahad Datu dari Kampung Desa Bajau, di sini, bertembung dengan sebuah lori tangki.

Kemalangan terbabit menyebabka­n van terbabit diseret beberapa meter sebelum dihempap lori tangki berkenaan dan terperosok ke dalam parit berhampira­n.

Semua mangsa dalam van berkenaan mati di lokasi kejadian, termasuk dua putus kaki dan tangan.

Pemandu lori tangki berkenaan tidak cedera.

Ketika kejadian, menurut Salmah, dia dan keluarga berada di rumah di Pulau Sakar.

“Sebaik dimaklumka­n kemalangan itu, saya sedang menjemur ikan. Tanpa berlengah, kami bergegas ke Hospital Lahad Datu,” katanya.

Di bilik mayat, dia sukar membuat pengecaman semua mangsa kerana keadaan mayat yang ngeri, namun melihat kasut dan tali pinggang dipakai salah seorang mangsa, Salmah akui itulah abangnya.

Dalam pada itu, keadaan di luar bilik mayat hospital berkenaan turut diselubung­i tangisan ahli keluarga Muhamad dan beberapa ahli keluarga tiga mangsa yang lain.

Sementara itu, pengguna jalan raya yang menyaksika­n kejadian itu, Hasim, 30, berkata, dia dalam perjalanan dari bandar ke Tungku sebelum melihat lori tangki terbabas ke parit di tempat kejadian.

“Ketika orang ramai mengerumun­i kawasan kemalangan, saya keluar dari kereta dan terkejut di bawah lori tangki itu ada sebuah van.

“Dalam operasi mengeluark­an mangsa, saya melihat anggota bomba mengutip kaki yang terputus manakala cebisan daging juga melekat pada tayar lori itu,” katanya.

 Empat naiki van maut dihempap lori tangki terbabas laluan

 ??  ??
 ??  ?? EMPAT mayat yang dibawa keluar dari bawah lori tangki. ORANG ramai melihat keadaan van dinaiki empat mangsa yang hancur.
EMPAT mayat yang dibawa keluar dari bawah lori tangki. ORANG ramai melihat keadaan van dinaiki empat mangsa yang hancur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia