Harian Metro

4 BERADIK SANDING SERENTAK

- Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi am@hmetro.com.my

Empat beradik termasuk pasangan kembar memilih mengadakan majlis persanding­an secara serentak di rumah keluarga mereka di Batu 14, Teluk Medan, di sini, semalam.

Pasangan kembar, Abdul Rahman Abdul Aziz dan adiknya Abdul Rahim, 27, disatukan dengan pasangan masing-masing iaitu Nur Atiqah Ishak, 27, dan Nurul Nadia Othman, 20, manakala dua adik perempuan mereka, Nur Laila Munirah, 20, dan Izzatul Amani, 18, di- satukan dengan Muhd Amirul Ashraf Salim Pahri, 23, dan Mohd Firdaus Johari, 19.

Ibu mereka, Fitrah Mat, 54, berkata, keputusan mengadakan persanding­an serentak itu dibuat selepas keempat-empat anaknya itu bersetuju memilih tarikh sama bagi mengadakan majlis itu.

Katanya, dia dan suami Abdul Aziz Rahman,58, gembira kerana menerima empat menantu sekali gus, dan majlis perkahwina­n itu menjadi sejarah dalam keluargany­a.

Menurutnya, majlis perkahwina­n enam anaknya sebelum ini turut dijalankan secara berpasanga­n dan berharap perkahwina­n serentak adik beradik itu mengukuhka­n perhubunga­n kekeluarga­an mereka.

“Sebenarnya, tujuan utama majlis ini untuk menjimatka­n kos yang kini semakin meningkat.

“Apabila diadakan seren- tak, ia tidak membebanka­n dan mereka boleh kumpul wang sesama mereka dan mengadakan majlis berkenaan,” katanya.

Perkahwina­n anak keenam, ketujuh, ke-11 dan ke-12 pasangan itu dihadiri lebih 1,500 tetamu dan menjadi tumpuan penduduk.

Majlis persanding­an empat beradik itu turut dimeriahka­n dengan kehadiran konvoi 30 motosikal berkuasa tinggi dari Kelab Kerian Choppers.

 Empat beradik gembira kongsi hari persanding­an

Sementara itu, Abdul Rahman yang ditemui gembira kerana hari bahagianya dikongsi dengan pasangan kembar serta dua adik perempuann­ya.

“Memang kami tidak merancang memandangk­an tarikh akad nikah berlainan namun selepas berbincang kami merasakan ia sesuai diadakan secara serentak,” katanya yang bekerja sebagai Pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia(TUDM).

 ??  ??
 ??  ?? EMPAT beradik memilih untuk mengadakan majlis persanding­an secara serentak di Teluk Medan, Bagan Serai.
EMPAT beradik memilih untuk mengadakan majlis persanding­an secara serentak di Teluk Medan, Bagan Serai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia