Harian Metro

100,000 LANGGAN METRO TV DI

- Oleh Ridhatul Rizki ridhatulri­zki@hmetro.com.my

Saluran percuma MetroTV di YouTube yang boleh ditonton di www.youtube.com/hmetromy kini mempunyai lebih 100,000 langganan sejak diperkenal­kan pada Disember 2009.

Berdasarka­n laporan YouTube Analytics, jumlah langganan MetroTV di YouTube

 Saluran MetroTV catat jumlah langganan memberangs­angkan Video dengan tajuk

Pelacur Dalam Akuarium memperoleh

jumlah tontonan tertinggi iaitu 9,111,136

tontonan

dari 1 Januari hingga 30 Jun tahun ini bertambah 13,999 langganan iaitu peningkata­n 57.3 peratus berbanding tempoh sama pada 2016.

Selain itu, langganan MetroTV di YouTube mula meningkat secara drastik sejak 2013 apabila mencatatka­n 23,427 langganan berbanding 5,414 langganan pada 2012.

Majoriti yang melanggan saluran itu adalah dari Malaysia iaitu 53,650 orang manakala 7,396 dari Amerika Syarikat dan 4,106 menonton dari Indonesia.

Berdasarka­n analisis demografi dari YouTube, lelaki lebih mendominas­i waktu tontonan dengan peratusan 66 peratus berbanding wanita, 34 peratus.

Sementara itu, video dengan tajuk Pelacur Dalam Akuarium yang dimuat naik pada 31 Disember 2010 memperoleh jumlah tontonan tetinggi iaitu sebanyak 9,111,136 tontonan.

Video dengan tajuk Isteri Pelakon Dan Pelawak Dicekup Khalwat yang dimuat naik pada 13 Ogos 2016 pula ditonton sebanyak 3,154,052 kali, manakala video Kompleks Berahi yang dimuat naik pada 13 Januari 2012 pula memperoleh 2,389,652 tontonan sehingga kini.

 ??  ??
 ??  ?? SALURAN MetroTV di YouTube kini mencecah lebih 100,000 langganan.
SALURAN MetroTV di YouTube kini mencecah lebih 100,000 langganan.
 ?? FOTO: MOHD SHUKOR AMIN ?? MOHD Hisham (kiri) bersama bapa dan anak serta rakan anaknya menunjukka­n burung gagak putih yang ditembak anaknya.
FOTO: MOHD SHUKOR AMIN MOHD Hisham (kiri) bersama bapa dan anak serta rakan anaknya menunjukka­n burung gagak putih yang ditembak anaknya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia