Harian Metro

PELAJAR MALAYSIA TERBAIK DI POLAND

-

 Pelajar perubatan Malaysia terima anugerah Golden Graduation untuk pencapaian akademik terbaik Semua pelajar

cemerlang peroleh markah tertinggi terus

menerus

Kerja keras Dr Nor Syahairah Mohd Nor Norul membuahkan hasil apabila pelajar perubatan dari Malaysia itu menerima anugerah Golden Graduation bagi kecemerlan­gan akademik dan pencapaian luar biasa daripada Medical

University of Warsaw, Poland. Beliau muncul pelajar terbaik perubatan dalam kalangan 70 pelajar antarabang­sa dari Kesatuan Eropah, negara Timur Tengah dan Malaysia.

Dua lagi pelajar Malaysia, Dr Nur Aini Sharkhan dan Dr Mohamad Amirul Akram Mashum juga antara pelajar yang memperoleh markah tertinggi.

Rektor Warsaw Medical Uni

versity Prof Dr Miiroslaqw Wieglos, yang juga anggota Polish Academy of Medical

Sciences, mengesahka­n tiga pelajar perubatan dari Malaysia itu adalah antara 10 pelajar yang memperoleh markah tertinggi, dengan pingat emas diraih Dr Nor Syahairah.

“Ini bermakna sepanjang enam tahun pengajian mereka, semua pelajar ini memperoleh markah tertinggi terus menerus,” katanya.

Majlis penyampaia­n anugerah dihadiri Duta Malaysia di Poland, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dan Pengarah MARA berpejabat di Frankfurt, Ahmad Fadhli Mohd Naim.

Ketika mengucapka­n tahniah kepada ketiga-tiga pelajar berkenaan, Fadil memuji tujuh pelajar Malaysia dalam kumpulan sama kerana memperoleh ijazah perubatan mereka. Beliau menyifatka­n pencapaian para pelajar itu sebagai satu kebanggaan bagi Malaysia dan mencermink­an persediaan negara ke arah Transforma­si Nasional 2050.

Sementara itu, Ahmad Fadhli berkata, 10 pelajar berkenaan adalah kumpulan pertama yang menamatkan

pengajian di Warsaw Medical

University di bawah biasiswa MARA.

Kumpulan kedua daripada 21 pelajar akan memperoleh ijazah mereka pada 2018.

Dr Nor Syahairah menamatkan program Internatio­nal Baccalaure­ate beliau di Kolej Persediaan MARA, Seremban, pada 2009 sebelum meneruskan pengajian dalam bidang perubatan di Warsaw. — BERNAMA

 ??  ??
 ??  ?? DR Nor Syahirah berucap pada hari penerimaan ijazah di Medical University of Warsaw, Poland.
DR Nor Syahirah berucap pada hari penerimaan ijazah di Medical University of Warsaw, Poland.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia