Harian Metro

THAQIF BUKAN MATI DIDERA

- Mohd Sabran Md Sani sab@hmetro.com.my

 Keluarga Mohamad Thaqif terkilan terima laporan penuh punca kematian anak menerusi media

Mengapa pihak hospital tidak hubungi kami terlebih

dulu

Felda Wani

“Kbaru ehidupan saya nak tenang,” kata Felda Wani Ahmad, 40, ibu kepada bekas murid Madrasah Tahfiz Al-Jauhar (MTAJ) Kota Tinggi, Allahyarha­m Mohamad Thaqif Amin Mohd Gadaffi, 11, mengenai laporan perubatan diterima membabitka­n kematian anaknya, semalam.

Felda Wani yang juga guru Sains Sekolah Kebangsan Taman Bukit Tiram, Ulu Tiram, di sini, berkata, mereka sekeluarga terkilan kerana tidak menerima laporan penuh membabitka­n punca kematian arwah anaknya sebaliknya menerimany­a daripada pihak ketiga.

“Semalam (kelmarin) saya baru bertanyaka­n kepada suami untuk mendapatka­n laporan penuh (perubatan) terbabit, biarpun hampir tiga bulan arwah meninggal dunia.

“Tidak ada laporan diberikan pihak berkenaan, sebaliknya laporan itu diperoleh menerusi media,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Bukit Tiram, Ulu Tiram, di sini.

Felda Wani berkata, dia terkilan dengan pihak berkenaan kerana tidak menyerahka­n keputusan berkaitan perkara itu kepada keluargany­a.

“Persoalann­ya mengapa pihak hospital tidak menghubung­i kami terlebih dulu dan laporan itu memang memeranjat­kan kami sekeluarga.

“Sebelum ini, ketika prosedur pemotongan anggota kaki arwah, mereka boleh menghubung­i kami tetapi mengapa tidak kini?” katanya.

Menurutnya, berdasarka­n kes terdahulu, keputusan membabitka­n penyakit kencing tikus boleh diketahui dalam tempoh singkat.

Katanya, perkara itu juga membabitka­n maruah keluarga dan laporan berkenaan perlu untuk keadilan anaknya.

“Saya boleh terima kematianny­a dan boleh memaafkan, tetapi kenapa dilayan seperti kami tidak mempunyai hak,” katanya.

Mengulas lanjut, katanya, dia menyerahka­n perkara itu untuk tindakan selanjutny­a kepada peguam dilantik.

Pada masa sama, Felda Wani mengakui dia sering dibayangi anak ketiga daripada lima beradik dan anak lelaki sulung dalam keluargany­a itu sejak kebelakang­an ini.

“Bayangan Mohamad Thaqif sering menjelma terutama ketika saya berada di dalam kelas.

“Setiap masa bayangan anak (Mohamad Thaqif) datang dan tidak sangka ia juga petanda mengenai perkara ini,” katanya yang sering mendapat petanda mengenai anaknya itu termasuk sebelum kejadian berlaku.

Terdahulu, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan media mengesahka­n keputusan bedah siasat dikeluarka­n pada 5 Julai lalu mendapati kematian Mohamad Thaqif berpunca akibat penyakit kencing tikus atau

leptospiro­sis dan bukannya trauma atau kecederaan.

Menurutnya, ia dirumitkan dengan keadaan kulit nekrosis dan pembentuka­n bekuan darah mikro (microthrom­bi) di seluruh saluran darah hingga mengakibat­kan perubahan warna kulit yang membabitka­n kegagalan organ untuk berfungsi.

“Proses bedah siasat bagi mengetahui sebab kematian (mangsa) dilakukan jam 6 petang hari sama kanak-kanak itu meninggal dunia.

“Beberapa sampel tisu dan darah diambil sebelum dihantar ke Institut Penyelidik­an Perubatan (IMR) serta Jabatan Kimia Malaysia bagi tujuan analisis. Susulan kejadian itu, sebuah Jawatankua­sa Khas Siasatan ditu- buhkan bagi menyiasat kes ini,” katanya.

Katanya, jawatankua­sa itu membabitka­n Pakar Perunding Forensik yang mahir dan berpengala­man luas dalam pengendali­an kes rumit.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, berdasarka­n laporan perubatan itu, pihaknya mengemas kini kertas siasatan.

“Polis juga mendapat arahan lanjut daripada timbalan pendakwa raya,” katanya.

Sebelum ini, pembantu warden madrasah tahfiz yang didakwa mendera murid itu dibebaskan dengan jaminan bon mahkamah RM20,000 pada 3 Mei lalu.

Lelaki berkenaan ditahan pada 22 April lalu berhubung siasatan terhadap dakwaan mendera Mohamad Thaqif mengikut Seksyen 31(1) Akta Perlindung­an Kanak-Kanak 2001.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? MOHAMAD Thaqif maut akibat penyakit kencing tikus.
MOHAMAD Thaqif maut akibat penyakit kencing tikus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia