Harian Metro

Terpesona akhlak Muslim

- Zairee Mohd Yasak am@hmetro.com.my

 Lelaki Cina ucap dua kalimah syahadah dengan restu ibu bapa, ahli keluarga

Apa yang menggembir­akan apabila ibu bapa dan adik-beradik menerima saya

seadanya

Daniel Haikal Ng

“Adab tatasusila masyarakat Islam menyebabka­n saya tertarik memeluk agama ini,” kata Daniel Haikal Ng, 29, selepas melafazkan dua kalimah syahadah dalam majlis ringkas di Ayer Keroh D’ Village Resort di sini, kelmarin.

Mekanik tayar itu berkata, walaupun mengenali abang angkatnya yang juga seorang mualaf Muhammad Fitry Teu, 37, sejak sembilan tahun lalu, hasrat memeluk Islam tetap dipendamka­n, kerana khuatir mendapat tentangan keluarga.

“Selain itu, saya risau jika saya terkontang-kanting tanpa guru atau rakan membantu mempelajar­i ilmu agama hingga dapat menjadi seorang Muslim yang baik.

“Selepas berfikir panjang, sebelum Ramadan lalu, baru saya beranikan diri menyatakan hasrat saya kepada Muhammad Fitry,” katanya.

Anak kedua dari tiga beradik itu berkata, selain faktor persekitar­an yang dikeliling­i masyarakat Melayu sejak kecil, adat orang Melayu seperti bersalaman ketika berjumpa dan kehidupan sederhana menjadi penarik utama.

Beliau berkata, keterujaan melafaz dua kalimah itu bertambah apabila dia menyarungk­an baju Melayu yang pernah digunakan Muhammad Fitry ketika melafazkan dua khalimah di Paroi, Negeri Sembilan.

Daniel yang melafazkan dua khalimah syahadah di hadapan penaung Persatuan Cina Muslim Melaka (MACMA) Tan Sri Dr Abdul Rahim Tamby Chik berkata, semua kegusarann­ya lenyap sebaik selesai upacara itu.

“Apa yang menggembir­akan apabila ibu bapa dan adik-beradik menerima saya seadanya kerana bagi mereka saya menemui jalan kehidupan lebih baik.

“Malah mereka menyokong pilihan saya serta memberi peluang mempelajar­i Islam sebaiknya,” katanya. Sementara itu, Abdul Rahim menggesa Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) memperkasa program dakwah semakin hambar dan kurang mendapat sambutan.

Katanya, pemimpin yang dilantik perlu menggerakk­an kembali peranan pertubuhan itu supaya selari dengan peranan asalnya menerusi konsep dakwah Islamiah.

 ??  ?? DANIEL HAIKAL NG melafazkan dua kalimah syahadah di hadapan Abdul Rahim.
DANIEL HAIKAL NG melafazkan dua kalimah syahadah di hadapan Abdul Rahim.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia