Harian Metro

15 kesan lebam

 Ibu budak mati didera disahkan penagih dadah

- Ahmad Ismail am@hmetro.com.my

Hasil bedah siasat terhadap mayat kanak-kanak perempuan berusia dua tahun dipercayai menjadi mangsa dera mendapati 15 kesan lebam akibat dipukul di seluruh badan.

Ketua Polis Daerah Segamat Superinten­den Raub Selamat berkata, bedah siasat dilakukan di Hospital Melaka selepas mayat mangsa dirujuk dari Jabatan Forensik Hospital Segamat, 9 pagi semalam.

“Hasil pemeriksaa­n menemui sekurang-kurangnya 15 kesan lebam dipercayai akibat dipukul menyebabka­n kematian mangsa.

“Ibu mangsa berusia 40-an didapati turut mempunyai rekod jenayah berkaitan dadah dan curi selain positif HIV kerana terbabit penagihan dadah.

“Manakala, abang mangsa berusia 22 tahun juga mengakui pernah memukul badan, tangan dan kaki kanak-kanak itu dengan tangan kerana kerap menangis,” katanya, di pejabatnya, di sini.

Katanya, kedua-dua suspek direman tujuh hari sehingga 19 Julai ini membantu siasatan mengikut Seksyen 302 kerana membunuh.

Harian Metro semalam melaporkan tekanan hidup dipercayai menyebabka­n seorang kanak-kanak perempuan sering menjadi mangsa melepaskan geram hingga ditemui mati, pagi kelmarin.

Dalam kejadian jam 1 pagi, ibu mangsa baru pulang ke bilik sewanya di rumah kedai sekitar Jalan Ros, di sini, sebelum melihat anak perempuann­ya terbaring tidak sedarkan diri dengan kesan lebam di kepala dan badan lalu meminta bantuan daripada penyewa lain.

Penyewa itu menghubung­i Hospital Segamat sebelum pasukan perubatan tiba dan membawanya ke wad kecemasan untuk rawatan, namun mangsa disahkan meninggal dunia.

Hasil pemeriksaa­n pasukan perubatan mendapati terdapat kesan lebam lama dan baru di belakang kepala serta tubuh mangsa.

 ??  ?? MANGSA maut dipercayai akibat dipukul ibu dan abangnya.
MANGSA maut dipercayai akibat dipukul ibu dan abangnya.
 ??  ??
 ??  ?? IBU dan abang mangsa ditahan untuk siasatan.
IBU dan abang mangsa ditahan untuk siasatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia