Harian Metro

60 tahun pendam cinta pada anak murid

-

Batu Pahat: “Saya memendam perasaan cinta kepada bekas anak murid ini selama hampir 60 tahun,” kata pesara guru Rahmat Hassan, 83, yang menikahi Rokiah@Ramlah Abd Rahman, 77, selepas mereka yang terpisah sekian lama dan bertemu semula Januari lalu.

Menurut Rahmat, perasaan cintanya muncul ketika dia mengajar Rokiah pada 1954 hingga 1956 di Sekolah Kebangsaan Bukit Rahmat, di sini, namun memendam perasaan kerana ketika itu seorang guru dilarang bercinta dengan anak didik.

Katanya, selepas Rokiah menamatkan pelajarann­ya, mereka terputus hubungan kerana masing-masing membawa haluan sendiri.

“Rokiah melanjutka­n pengajian ke peringkat lebih tinggi dan kami terputus hubungan.

“Saya hanya dapat berita dia (Rokiah) berumah tangga selepas beberapa tahun kemudian, malah ketika itu saya juga bakal berkahwin,” katanya pada majlis pernikahan dan kesyukuran mereka di Kampung Parit Jabong, Tongkang Pechah, di sini, kelmarin.

Lebih istimewa, pernikahan kedua-dua pesara guru itu disempurna­kan bekas pelajar Rahmat iaitu Bakri Awang yang mengajar dari Tahun Satu hingga Tahun Enam.

Berkongsi pertemuan kembali pasangan itu, Rahmat memberitah­u mereka bertemu pada Januari lalu secara tidak sengaja dan tu- rut berkongsi kisah hidup masing-masing.

“Selepas tahu pasangan masing-masing sudah meninggal dunia, kami ambil keputusan mendirikan rumah tangga,” katanya.

Sementara itu, Rokiah berkata, selepas beberapa kali bertemu, dia terkejut dengan hasrat bekas gurunya tambahan pula suami turut menghadiah­kan lima kuntum bunga ros bagi menyatakan hasrat hati.

“Saya tidak nafikan saya juga terpikat dengan guru saya sendiri kerana sikap baiknya lalu mengambil keputusan menerima lamarannya. Bagaimanap­un, ketika itu saya perlu mendapat izin anak serta saudara-mara terlebih dahulu.

“Selepas berbincang, bermacam-macam pandangan diberikan, ada yang bersetuju dan bantah, namun pada saya pendapat anak lebih penting. Jika mereka setuju, saya teruskan dan Alhamdulil­lah ia berlangsun­g seperti hari ini,” katanya.

Menurut Rokiah, mereka merancang menunaikan umrah pada penghujung tahun ini sekali gus menjadi lokasi berbulan madu.

 ??  ?? PASANGAN Rahmat dan Rokiah melangsung­kan pernikahan mereka, semalam.
PASANGAN Rahmat dan Rokiah melangsung­kan pernikahan mereka, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia