Harian Metro

Rugi RM1 juta melabur forex

-

Lima belas individu mendakwa kerugian lebih RM1 juta selepas melabur dalam sebuah syarikat yang menawarkan skim tukaran mata wang asing (forex) kepada orang ramai termasuk ahli perniagaan.

Syarikat itu menganjurk­an beberapa acara mewah di hotel dan pada masa sama menyampaik­an ceramah serta memperkena­lkan pelabur berjaya menyebabka­n mereka yang hadir terpedaya dengan tawaran dijanjikan.

Mangsa yang juga ahli perniagaan, Kholijah Kasim, 48, berkata, dia kerugian RM76,000 selepas mengikuti ceramah syarikat terbabit di hotel di sekitar bandar raya ini dan Ampang November serta Disember 2015.

“Saya melabur kerana yakin syarikat itu yang didalangi seorang Datuk dan memiliki banyak anak syarikat termasuk hartanah dan perhotelan.

“Pada masa sama, syarikat terbabit juga membawa bersama individu berjaya ia menyebabka­n saya terpengaru­h. Saya dijanjikan pulangan bulanan namun hanya menerima RM5,000.

“Ia dibayar selepas saya mendesak syarikat terbabit melunaskan pulangan dijanjikan,” katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di sini, kelmarin.

Menurut Kholijah, ini kali kedua dia bersama beberapa pelabur lain membuat laporan polis bertujuan mendesak pihak berkuasa menyiasat sekali gus menghentik­an perbuatan Datuk terbabit.

Seorang lagi mangsa, Burhanudin Hiking, 46, yang kerugian RM54,000 memohon polis menyiasat individu terbabit yang masih gagal memberi pulangan dijanjikan.

“Kami dapati mereka kini aktif mencari pelabur baru di Kelantan walaupun masalah dengan pelabur sedia ada belum diselesaik­an,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Shafien Mamat mengesahka­n menerima laporan berkenaan dan siasatan dijalankan.

 ??  ?? KHOLIJAH
KHOLIJAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia