Harian Metro

Irene Dewi dipenjara 8 bulan lagi

-

Ampang: Bekas anggota kumpulan dangdut Dewi yang popular sekitar 1990-an, Irene yang sedang menjalani hukuman penjara 10 bulan kerana memiliki dadah, Mei lalu, dihukum penjara lapan bulan lagi atas kesalahan menghisap dadah.

Majistret Mohamad Firdaus Sadina Ali menjatuhka­n hukuman itu terhadap Irene atau nama sebenarnya, Noor Azreen Mohd Johari, 37, selepas dia mengaku salah atas pertuduhan yang disabitkan terhadapny­a.

Mahkamah memerintah­kan hukuman itu bermula dari tarikh dia ditangkap pada 12 Mei lalu.

Mengikut pertuduhan, tertuduh menggunaka­n dadah berbahaya iaitu amphetamin­e dan methamphet­amine atau syabu dengan cara memasukkan kedua-dua jenis dadah itu ke dalam tubuh badannya.

Kesalahan itu dilakukan di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya, di sini, pada jam 3.59 pagi, 12 Mei lalu.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Norhashima­h Hashim memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal terhadap tertuduh.

Bagaimanap­un Irene yang tidak diwakili peguam dalam rayuannya memohon dikenakan hukuman ringan kerana mempunyai tanggungan enam anak.

Pada 18 Mei lalu, Irene dihukum penjara 10 bulan oleh Mahkamah Majistret atas dua pertuduhan memiliki syabu dan pil eramin 5 pada 2012.

Majistret Haslinda A Raof menjatuhka­n hukuman itu terhadap Irene selepas dia mengaku bersalah sebaik dua pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

 ??  ?? IRENE dibawa anggota polis selepas dijatuhi hukuman di Mahkamah Majistret Ampang, semalam.
IRENE dibawa anggota polis selepas dijatuhi hukuman di Mahkamah Majistret Ampang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia