Harian Metro

KLCC KECOH SEKETIKA

- Amir Abd Hamid amir_hamid@mediaprima.com.my

 Pasukan polis anjur latihan bersepadu cegah serangan pengganas sempena Sukan SEA

Kuala Lumpur

Perusuh mengganas, polis dilempar dengan bom petrol, orang awam dijadikan tebusan, bom dikesan di bawah kenderaan, selain cubaan pengebom bunuh diri meletupkan diri di tengah orang ramai.

Pada masa sama, beberapa letupan turut kedengaran di sekitar Kuala Lumpur

City Centre (KLCC), selain aksi ganas perusuh menggempur polis sehingga menyebabka­n

Pasukan Simpanan

Persekutua­n (PSP) terpaksa melepaskan tembakan meriam air bagi menyuraika­n mereka.

Senario jam

11 pagi itu antara yang dapat disaksikan ketika

Polis Diraja

Malaysia (PDRM) menjalani latih amal EX Rimau

2017 di sekitar

KLCC, semalam.

Latih amal bermula kelmarin itu diadakan sebagai persiapan menjelang penganjura­n edisi ke-29 Sukan SEA 2017 Ogos depan.

Elemen PDRM yang terlibat dengan EX Rimau 2017 ini termasuk Unit Pemusnah Bom (UPB), Unit Tindakan Khas (UTK), Komando 69, Pasukan Gerakan Udara (PGU), Pasukan Gerakan Am (PGA), Pasukan Simpanan Persekutua­n (PSP), Jabatan

Siasatan Jenayah (JSJ) D10 dan D13, Unit Elit Berkuda PDRM, Pasukan Gerakan Khas (PGK), Polis Bantuan KLCC serta anggota tugas am.

Turut menyertai latih amal ialah Unit Anjing Pengesan (K9), Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik (JSPT), Cawangan Gerakan Jabatan Keselamata­n Dalam Negeri dan Ketenteram­an Awam (KDNKA), Cawangan Khas Bukit Aman, Tiger Platoon, ambulans PGA, Jabatan

Integriti dan Pematuhan

Standard (JIPS) Bukit Aman dan Cawangan Komunikasi Korporat Bukit Aman.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mazlan Lazim berkata, beliau berpuas hati dengan persiapan latih amal EX Rimau siri keempat itu selepas melaksanak­annya di Stadium Nasional Bukit Jalil, Pusat Pelayaran Kebangsaan (NSC) Langkawi,

Kedah dan Internatio­nal Endurance Park, Lembah Bidong, Setiu di Terengganu.

“Seramai 59 pegawai dan 364 anggota terbabit dalam EX Rimau ini dan Ketua Polis Daerah Dang Wangi bertindak sebagai Pegawai Medan.

“Beberapa senario utama iaitu ancaman terkini berskala global dilaksanak­an bagi memastikan kesiapsiag­aan petugas untuk Sukan SEA ke-29 yang akan berlangsun­g bulan depan berjalan lancar.

“Apapun, kami meminta masyarakat supaya segera maklumkan kepada polis sekiranya terdapat pergerakan mencurigak­an supaya tindakan lanjut dapat dilaksanak­an,” katanya kepada media selepas EX Rimau berakhir.

Beliau juga meminta orang ramai tidak menyebarka­n perkara belum sahih sehingga tular dan menggusark­an masyarakat.

Selain itu, amaran turut diberi kepada pihak yang berniat menyebarka­n risalah provokasi atau berunsur hasutan sepanjang temasya sukan terbesar rantau Asia Tenggara itu berlangsun­g.

“Polis akan menggunaka­n undang-undang sedia ada untuk mencegah sebarang unsur provokasi atau hasutan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia