Harian Metro

Lebih 5,000 jawatan kosong!

-

Kuala Lumpur: Lebih 5,000 jawatan kosong menanti graduan serta pencari kerja pada Program Temuduga Terbuka Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) peringkat Sabah pada 22 dan 23 Julai ini.

Ketua Sekretaria­t SL1M Norashikin Ismail berkata, jumlah itu bagaimanap­un dijangka meningkat dan pihaknya membuka peluang kepada mana-mana syarikat yang berminat untuk menyertai program itu.

Katanya, program dua hari itu diadakan di Dewan Canselor, Universiti Malaysia Sabah (UMS) bermula jam 7.30 pagi hingga 5.30 petang.

“SL1M menjemput semua graduan dan pencari kerja sama ada di Sabah atau kawasan sekitarnya untuk hadir merebut peluang yang diberikan ini.

“Selain tawaran peluang pekerjaan yang disediakan syarikat gergasi dan tempatan, program ini juga menampilka­n selebriti tempatan untuk memberi motivasi serta inspirasi kepada mereka yang hadir,” katanya pada sidang media SL1M, di sini, semalam.

Menurutnya, SL1M amat berbesar hati untuk membantu dan menampung kos penerbanga­n bagi peserta yang berjaya mendapat pekerjaan dan perlu berhijrah ke Semenanjun­g.

“Kita sedia maklum ada segelintir mereka mungkin datang dari keluarga kurang berkemampu­an, miskin atau luar bandar yang mempunyai kekangan kewangan.

“Justeru, sebaik menerima surat tawaran jawatan, mereka boleh memaklumka­n kepada pihak kami berserta surat sokongan dari ketua kampung yang mengesahka­n status mereka,” katanya.

Menurutnya, antara aktiviti menarik diadakan termasuk sesi temu duga untuk semua peringkat kelulusan, Klinik Resume, penampilan istimewa selebriti Faizal Tahir, Kumpulan Zero, Jimmy Palikat, Firman dan Farish Aziz, kraftangan, jualan makanan serta cabutan bertuah.

“Dijangka 10,000 pengunjung hadir membanjiri UMS sepanjang dua hari program berlangsun­g.

“SL1M juga menyeru semua pihak khususnya syarikat swasta untuk sama-sama membantu dalam meningkatk­an tahap kebolehpas­aran mereka, sekali gus memperbaik­i taraf ekonomi graduan dan keluarga,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia